Saturday, February 11, 2012

Dahagakan Cuti

CUTI

4 hari cuti. Tak puas langsung. Jumaat balik lambat. Sabtu duduk dekat rumah. Ahad kerja. Isnin pun duduk dekat rumah. Selasa hang out. Rabu balik Kuala Pilah balik. Memang tak ada mood langsung nak balik that time. Nasib baik tumpang kereta orang. Memang tak sanggup nak travel macam biasa. Huhu. The truth is. Aku rindu cuti yang panjang. Rindukan rumah. Dulu memang sangat nak tahu macam mana hidup merantau. Beriya² nak rasa. But now, there's nothing like home my friend. Serious, believe me.

Kenapa aku suka cuti? Antara sebab dia. Cuti aku balik KL which mean Family + My Mom's Cooking + Internet Connection laju. Lagi pun duduk KL tak akan sama duduk dekat negeri orang. Lagi kenapa aku suka? Cuti mean tak ada class. Bukan aku tak suka belajar. Malas kadang² pun menyeronokkan apa? Baring atas katil sambil baca Lawak Kampus. Aint it is the best moment of your life? :D

The third reason? Tiada assignment yang perlu difikirkan. Kepala otak pun tak akan serabut dengan due date yang hampir tiba. Kerja² yang perlu taip dan print. Semua rancangan untuk kita buat masa kita cuti semua bersumber keseronokkan. What we like to do. Bukan what we doesnt like to do.

Bukan aku dah bosan belajar. Aku seronok belajar belajar dekat sini. I found great friends here. great housemate. Cuma aku rindukan masa aku cuti. Masa dekat dekat rumah.

Tuesday, February 7, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia

MPH

►Baucer Buku. RM200 jumlah kesemuanya. 4 keping. Aku memang dah rancang nak habiskan baucer ini masa cuti Maulidur Rasul. Pergi MPH dekat Mid Valley. Nak borong habis buku smpi RM200. Stationery pun boleh beli guna baucer buku dekat MPH ini. Tak tahu la kedai buku lain.

Mid Valley. Aku ada kisah hitam dengan tempat itu. Bukan kisah apa. Kisah aku dengan komuter. Guess what. Memang kena berimpit. Kurang udara. Berpeluh². Lepas 20 minit macam itu. Sampailah stesen yang dihajati. Lunch at McD. Guna baucer jugak. Shopping barang keperluan dekat Carefour. Watson. Then MPH. She said today hari baucer sedunia because banyak guna baucer. Hehe.

Kurang pilihan buku. Bagi orang yang jarang pergi Mid Valley and ada dekat KL. MPH dah dipindahkan ke bawah. Lagi kecil rasanya dibandingkan dengan yang dulu. Mungkin sebab itu tak banyak buku. Buku yang aku cari pun tak ada. Lastly, aku spent RM100 je. Banyak aku spent beli stationery. Hundred yang lebih itu aku simpan untuk beli buku yang aku nak itu. Mana tau jumpa dekat popular ke nanti?


KOMUTER : SKRIP LAMA

Tak perlu nak huraikan lagi. Semua dah tahu betapa teruknya service Komuter. Tapi tak pernah berubah sikit pun. Tak ada perubahan yang positif. Suasana yang sama. Masalah yang sama. Skrip yang sama dimainkan. Aku masih rasa kerajaan sepatutnya invest dalam KTM. Bukan buat MRT. Yang lama tak terjaga. Nak buat yang baru? 

Monday, February 6, 2012

Sebagai Pramusaji


PRAMUSAJI

Setelah sekian lama aku tak join catering. Last sunday, aku join balik untuk 1 day lepas my twin call aku. Aku ada kata dekat dia aku nak join catering sebab kekurangan bajet. Setahun aku tak rasa. So, agak² aku still ingat tak skill catering tu?

That sunday, the event was being held in Dewan Komuniti Bandar Tun Razak (BTR). Tak jauh dari rumah aku jadi kitaorang terus pergi. Tak singgah rumah ketua pramusaji. His name is Abang Jai. Ouh. Pramusaji ini gelaran untuk orang yang kerja catering itulah. Yang pakai uniform. Angkat pinggan. Jaga lauk. Pramusaji la tu. Jemputan hari tu 1000. So, it's not a problem sebab tak ramai. Tapi pernah sekali jemputan terlebih. Habis lauk hari itu. Siap tuan rumah kena beli KFC. Huhu.

When i arrived. Wow. Terasa rindu. Jumpa semua member lama. Abang² catering. It's been a year kan. Lepas borak sikit terus buat kerja. Modus Operandi kitaorang bermula dengan. First susun meja. susun kerusi. Alaskan meja. Sarungkan kerusi. Ikat riben di kerusi. Lap pinggan. Lap cawan. Letak tempat basuh tangan. Then lori sampai. Angkat lauk dan nasi. Hidangkan lauk dan nasi. Hidangkan air. Finished up decoration for the bride's table. Finish. Tunggu orang nak datang je. Siap² pakai uniform. Nama catering aku kerja ini Angsana Catering dan uniform dia berwarna biru.

First time tengok kenduri ada tarian poco -poco. :D

Tak ramai majlis hari itu. Tapi mcm mana pun masa nak kemas penat kot. Mungkin aku dah lama tinggalkan sebab itulah rasa penat sikit. After received our salary from Abang Jai. Diorang ajak lepak siap offer nak belanja. Kitaorang pun pergilah sebab Yen memang memang nak pergi situ pun. Nak jumpa girlfriend dia. Huhu.

Saturday, February 4, 2012

Janji MELAYU?

►Kawan aku reply text aku pasal nak lepak malam tadi. He said " Aku lambat sikit, datang dalam pukul 11.30. Janji melayu" Janji melayu? Satu perkataan yang kita selalu guna untuk gambarkan janji yang tak ditepati. But kenapa frasa itu diakhir dengan Melayu? Bangsa Melayu teruk sangat ke? Sikap kaum melayu memang tak tepati janji?

MELAYU

Bangsa dominan di Malaysia. Bahkan negara ini pernah dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Kesultanan Melayu dahulu sangat dihormati. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa komunikasi diantara pedagang 'lingua franca'. Tapi apa yang tinggal sekarang. Janji MELAYU?

Lebih buat aku sedih. Frasa itu digunakan sendiri oleh orang yang berbangsa Melayu. Seperti mengutuk diri sendiri? Sepatutnya, kita harus memperkasakan kaum kita dengan frasa² yang membina. Bukan seperti ini yang terang² menjatuhkan. Menepati janji adalah sesuatu kemestiaan. Janji seharusnya dilaksanakan. Jika kerana inilah frasa itu diillhamkan. Kaum Melayu yakni kaum aku haruslah berubah. Menepati janji adalah sesuatu yang mulia.

►Semoga satu hari nanti. Jika kawan² aku datang lambat. Diorang tak guna lagi frasa janji Melayu. Perubahan. Sesuatu yang diperlukan untuk membentuk imej yang tak dapat lagi mereka yang melihat, menunduk. Bukan apa. Janji MELAYU memang tidak sedap didengar.


Friday, February 3, 2012

What A Day

►Kebiasaannya. Perjalan Kuala Pilah - KL hanya mengambil masa 2 jam. Tapi disebabkan satu perkara. Semua jadik lambat. 4 jam dalam bas dan 3 jam sahaja untuk menunggu. Perjalanan yang memenatkan.

KELAS GANTI - SKS BUS - KL

►It's all started when my lecturer of this one particular subject what to ganti her class. Banyak² hari. Jumaat jugak dia pilih. Masa orang nak balik jugak dia pilih. Very bagus punya lecturer and end up we finishing up her work. Mark up the objective question for the test. Totally waste of time. So i miss the bus. Then have to call the cab. Wait some more until 1 hour. Urgh! I love my time and i dont like to waste it.

►SKS Bus. Now. Masa cuti tahun baru cina. Everything was perfect. I enjoy my ride. Pilah straight away to KL. But today, dah lama ramai orang sampai ada yang kena berdiri dalam bus for 4.30pm. Then stop dekat terminal one Seremban. Kena tukar bus. That is when the problem come. Bus tu disediakan for penumpang dari kuala pilah. Tapi ada jugak yang naik. Well. That's our bus and i had enough of waiting. But, kena tunggu jugak. Huhu. Pak cik yang jaga terminal tu hanya boleh cakap sabar² and TUNGGU bas lain.

TUNGGU LAGI??

Nasib baik tak lama. Then another bus came in. Double decker bus. Memang aku dah tunggu awal² depan pintu bas. Naik. Duduk. Another halfway to reach my destination. Aku sampai dalam pukul 8 dekat pudu sentral. Wow. Semua kesulitan ini berpunca pasal kelas ganti yang memang tak ada faedah langsung aku datang. Next time. Kelas ganti ada lagi. Kirim salamlah dekat lecturer tu.

CONCLUSION

►Aku cuma tak berpuas hati dengan kualiti servis SKS kali ini. Pasal tukar bas tu. They should reserve our bus tu betul². Sebab, masa aku beli tiket bas itu. Aku fikirkan keselesaan tapi sepenuhnya aku dapat rasa. So, a little touch up please for the service pakcik?


Thursday, February 2, 2012

Wilayah Persekutuan KL

►Semalam merupakan Hari Wilayah Persekutuan. Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur semua ditadbir di bawah satu Wilayah. Menjadi seorang warga wilayah, semalam buat pertama kalinya. Aku tak cuti. Huhu. Selama 17 tahun aku menetap di KL. Rasa janggal pergi ke kelas pada 1 Feb. :D

KUALA LUMPUR
►Anyway. Sepanjang 17 tahun itu. Aku nak share something nostalgic. Aku boleh dikira sebagai warga KL yang sejati. Hehe. Dari usia kecil aku dah dipertontonkan dengan projek pembangunan. Dari pembinaan LRT sampailah yang terbaru MRT. And i'm glad that i become part of it. As a KL citizen.

I was born in HKL. That's why i got the number 14 in the middle of  IC number. But, at that time. My family stay in Selangor. When i was 3. We move to KL. We stay in rumah papan in Salak Selatan which mean a lot to me. 2 years later. We move again but still in the same location. In 2008, we move to Desa Petaling.

We often see flat, apartment in KL. Kepadatan penduduknya menyebabkan membuat rumah flat adalah salah satu cara menangkiskan masalah kekurangan tanah? Tapi apa yang aku banggakan. Of course, the heart of the city. It's city centre. KLCC, the tower and all the tall building u can say. The shopping complex? The park? The Jalan Tunku Abdul Rahman. Well, u never get this kind of thing in another negeri you know? The public transport. Wow. Try to stay in N9 and u'll be grateful you have RapidKL.


THE NEGATIVE SIDE

►But, KL mesti dipandang negatif. I once pernah kena tahan dengan polis bantuan UiTM just because tak masukkan baju dalam seluar. Then i answer KL when he ask me where i came from. He said " kamu jangan bawak budaya KL tu datang sini". Owh yaa? orang N9 tak ada ke yang buat jahat? Come on. Ini satu penindasan terhadap warga KL.


But in the end. I'm proud to be born in KL. Anak jati KL? Yes it suit me :D

Wednesday, February 1, 2012

1.2.12

►Agak lama aku tak menekan papan kekunci aku. Ada pun aku log in blogspot sebab nak tengok orang lain punya blog. So, after the long few months. Here i am.

1.2.12


►Ironiknya aku pilih date ini sebab unik. Nampak macam twelve - twelve. A good date to start blogging dont you think? Bukan alasan malas nak update before this okay. So, my 2012 resolution is.


DEAN LIST FOR 2 SEMESTER IN THIS YEAR


Wow. Sudah mula bercakap tentang Dean List ( DL) or also known as Anugerah Dekan. 3.5 pointer. Sound hard to achieve but i'll give my best and do whatever to be done. 4 Flat kalau boleh. haha. Goal for blog pulak i'm trying  to change my style of writing and pengisiannya di dalamnya. Kurang rubbish, tingkatkan kualiti penulisan.

►Mahasiswa. Seronok bergelar mahasiswa ini. Berpeluang merasai persekitaran pembelajaran yang baru dan lebih bebas i think. Well, alhamdulilah again for this chance. Kesimpulannya, rentak belajar dekat universiti sangat bebas dan rileks sebenarnya. Aku bahagikan masa sama rata untuk main dan belajar. So far, it working well. Tengok pada keputusan test aku semuanya berjalan mengikut apa yang aku rancang. Marks test memang membuat aku bangga dengan diri aku. Haha.

►That all for today, and for warga wilayah persekutuan sekalian.



Friday, September 23, 2011

There's Something about Lidya

Malay girl who did not look like it? :D


║Lidya. That's her name. Not my GF but just my friend. Close friend. Tapi dia ada ramai peminat. Every school mesti ada yang tertawan dengan dia.  Tak tahulah apa yang menarik about her. Haha. Just joking. Actually banyak. That's why aku seronok berkawan dengan dia. If you feel that you really understand her. You are wrong. :D

║I first meet her at Taman Yarl Prefect Gathering last year. I was in the same group with her. Then they move me into another group. Tak sempat nak borak pun. Jadik rapat through FB. When she say that she's a malay. I was like. Aaaaa, really? Because dia tak nampak macam pun when she's free hair. Sometimes she's OK. Sometimes she not. I try to solved her problem. Tapi tak tahu berjaya ke tak. Maybe menambahkan kusut? Haha. Kuat merajuk? Yup, that's the word. 

║She's 17 this year. I wish her all the best for her SPM. You can do it!! :D

Tuesday, September 13, 2011

Ohh My Beloved Handphone

My Nokia 5130 Dilemma


║Aiyo. Baru Ogos tu repair. Dah buat hal. Tapi this problem commonlah always happened. On screen it'll be white je. Tak masuk menu. Huh. It's not I tak jaga elok² this phone. I love this phone. Lagi² itu hadiah from some one. This problem start last year. But dah repair guna warranty. Then it happen again. Melayang RM50. Then in August, new problem pulak. Message tak boleh guna. Melayang lagi RM50. Then now, huhu. Well folks, apa maksudnya? It mean I need a new phone!

New Phone? X2 - 00


║Aku tertarik dekat phone ni when I saw abang Najib used it. Cool design and it's from Xpressmusic series. Camera 5 megapixels. Keypad. Nowdays susah nak carik phone keypad macam ni. Semua mesti touch². Huhu. It's also come with another colour.


Nice?

Monday, September 12, 2011

Cukai! Cukai! Cukai!

Cukai 6%. Salah Siapa?


║Alhamdulilah. Ramai pengguna telefon bimbit mendengar berita semalam. Tak perlulah membeli topup secara panik sebab pengenaan cukai ke atas pengguna ditangguhkan oleh pihak TELCO setelah bermesyuarat bersama menteri yang berkenaan. Apa yang membuatkan aku kecewa ialah ramai pengguna memberi komen yang negatif, menghamburkan kata² kesat sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa itu cukai perkhidmatan 6%. Lantas mereka terus menyalahkan kerajaan sedangkan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab?

Salah siapa?

║Cukai perkhidmatan ini telah lama ada semenjak 1998 dan pada ketika itu sehingga sekarang. Cukai itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak TELCO. Sekarang pihak TELCO ingin meletakkan cukai itu keatas pengguna dengan menggunakan alasan kadar cas yang dikenakan sekarang amat murah berbanding pada tahun 1998. Pihak TELCO berlindung dengan alasan itu untuk melaksanakan projek mereka memperoleh lebih banyak keuntungan walaupun mereka mampu meraih pendapat yang mempunyai 7 angka setahun. TAMAK!

║Aku berasa kecewa kerana rata² yang menghamburkan kata² jahanam tanpa usul periksa kebanyakkannya Melayu. Sebaiknya kita harus menyelidik terlebih dahulu sebelum berkata apa². Diatas sebab itu kita dikritik hebat oleh kaum lain. Filem terbaru Nasi Lemak 2.0 terang² mengkritik orang Melayu di mana pengarahnya adalah orang berbangsa cina. Aduhh bangsaku : (

Sunday, September 11, 2011

Farewell Abang Najib and Kak Siti :(

Najib & Siti Last Day


║What a very cute picture to start my writing for today. This glass is belong to my new manager. My manager is not a women but he's a guy. Cute kan. Siapa nak guna gelas dia memang nak kena surat warning lah because he's really dont like to share his beloved spongebob glass. Dalam kecomelan gelas manager aku. Ada terselit kesedihan pada hari Ahad itu. My close colleague nak berhenti sebab 12 Sept ni diorang sambung belajar balik for degree. This semester is their final.

Sweet Couple : )

║Aku dengan abang Najib memang serasi bersama. Kalau dia start to chain something like. Cium! Cium! Cium!. I'll be the first to follow and vice versa. His jokes memang pecah perut. Kitaorang ada jugak buat istilah LAST MAN SITTING. masa bulan puasa dulu. It mean siapa yang last bangun lepas berbuka puasa. Tiap hari kitaorang jugak yang dapat title tu. Haha. Dekat dia dengan his beloved gf jugaklah aku dapat sumber² tentang UiTM. Macam² aku tanya tapi diorang tak jemu menjawab.


Finishing their last duty.

║I still remember masa mula² diorang masuk kerja. Kak Siti yang mula mintak kerja and akulah orang yang dia tanya. Then Najib started his work in my department. Masa tu bulan Ogos. Cepat betul masa berlalu. Tapi terasa sangat akrab dengan diorang. MBO wont be same without them.

Cabut gambar dekat Carta Organisasi

Lepak dekat office before punch card.

 With Mr. Kahar. New Assistant Manager

║After punch, kitaorang pun plan nak lepak dekat NLTJ. Bila pukul 2 masing² nak balik. Shake hands,say goodbye and thanks. I wish them all the best. Nasib baik ada facebook and handphone nowdays.


Tuesday, September 6, 2011

New Battery

Pergi Kedai Sebelah

║Battery Walkie Talkie ada problem. Tak boleh nak cas. So, my manager decide to buy a new battery. Luckily ada kedai kamera depan MBO and dia ada jual battery walkie talkie tu. Tak payah nak pergi jauh². Nama kedai tu KEEP.

En. Farid and Guang Jie window shopping.

║He bought two battery. Masa nak keluar adalah tengok kamera² yang sangat tech dan cool. Aku ngidam Nikon D3100. Aiyo, tengok dia sangatlah terasa nak memiliki. Nanti, nanti dan nanti. 

►Karaoke?

║Its a breaktime. Break ke? Hehe. My colleague decide nak release tension. Dia pun ajak aku. Then yang lain². Before pergi tempat karaoke yang terlepak satu tingkat di bawah MBO. En. Farid pergi mesin token and tukar RM1. Dia pun main game time crisis. Aku pulak memang suka Air Hockey. Ask Akak Asnidah for a game. Then kitaorang pun lawan. Although I'm ketinggalan, I won the game.  Pakar air hockey aku ni.

                                       

║Owh I love singing. Aku rasa aku orang paling banyak pegang mic. Nak buat macam mana dah terlayan pulak. Habis lagu orang aku langgar. Nasib baik backup singer sedap didengar. Almost an hour dalam tu. With all the dance. Fuhh. Terlease our tension.

Monday, September 5, 2011

Take It As a Lesson

Lompat Hall




║Hah. Kan dah kena tangkap macam penjenayah. Memang dia bersalah pun sebab lepas habis satu wayang dia pergi lompat hall lain. Lepas tu pergi hall lain pulak. Lagi, kacau orang dalam panggung tu pulak. Aku lepas dengar complaint panas lah hati aku. Ajak colleague aku naik atas. Kita kena kasi ajar ini anjing. Haha. Ayat gangster!

║Nampak je kelibat budak² ni aku terus jerit. WOII! Macam masa aku jadik pengawas dulu. Jerit dua kali baru dengar. Tanya dia mana geng dia. Cakap dah lari. Lepas tu abang cleaner tu bawak lagi dua orang. Empat orang budak ni buat kecoh betul. Aku cakap dengan colleague aku suruh bawak pergi office. Aku pergi dulu nak inform kat manager. Tapi entah macam mana 3 orang tu lari. Tinggallah sorang kat atas ni menjadi mangsa kekejamanan aku.

║Nak aku telefon polis? Kau tidur dalam lockup la malam ni. Abis kau sekolah esok. Nama kau naik assembly esok. Buat malu mak ayahlah kau. Hah! Itu antara ayat yang aku hemburkan dekat budak ni. Bukan nak buli semata². Saja nak bagi pengajaran, psikologi supaya lepas ni dia tak berani nak buat lagi. Kesian jugak tengok budak ni nak nangis. Tapi umur dah 14 kan. Tak kesian sangat. Lepas ambil gambar dia, manager aku kasi lah lepas. Kelakar jugak time aku tengking dia suruh mintak maaf kat manager aku. Macam drama. Haha. 


Sunday, September 4, 2011

Open House 3

Rumah Yen

Aku suka betul dengan design rumah Yen.

║Aku terlajak tidur. Sepatutunya aku datang rumah Yen pukul 3PM. Tapi aku terlewat. Aku datang pukul 3.30 PM. Memang kali ini aku kena ponteng kerja. Sampai rumah dia, nampak Anoi, ajak dia sekali. Cikgu pun ada pergi open house dekat my blok. Ajak cikgu jugak. 

Mee Sup

║Juadah hari tu mee sup. Memang layan gila aku makan. Dua kali aku tambah. Then, ada dodol jugak. Menunggu cikgu punyalah lama. Almost 1 hour. Lepas dia datang, kitaorang ajak dia nak keluar. Pergi mines, because Anoi ada problem with his phone. Act her gf punya phone. Masa nak turun tangga, Anoi ajak datang rumah dia pulak.

Rumah Anoi

TUAN  HAJI MUSA BIN MD NOH
Imam besar Desa Petaling

║Ayah Anoi. Memang class ayah dia mengimankan solat jemaah. Macam imam dekat arab sana. Lagipun ayah dia belajar dekat Universiti Al-Azhar. Cara dia membaca khutbah buat orang tertarik nak dengar and bila dia nak cakap. Apa yang diucapkan semua ayat² yang bernas. Memang aku kagumi. 

║Masa mula² masuk. Wow, ramainya. Rupanya ada keluarga mentua abang Anoi dengan orang nak buat badal haji yakni upah haji. First time aku tengok orang akad for badal haji. Pengalaman baru bagi aku. Juadah untuk hari tu, Mee Kari. Habis Yen makan. Sekejap betul. Aku makan slow² because ada ruang sempit je dekat perut aku untuk diisi. Lepas half an hour kot, kitaorang pun bergerak ke Mines. Pukul 9PM sampai rumah.

Lepak² with My 5 Science Classmate

║ I thought I can call it a day. But. I receive a phone call from Daniel. So, berdiskusi malamlah aku dengan kawan² aku.


Daniel, Rahman and Ashraf

After That, Adib came
║The location is in ABC, memang berborak panjanglah aku dan mereka sebab dah lama tak jumpa. Macam² cerita nak kongsi. Ada yang menjatuhkan orang lain, provokasi and institusi mana yang lagi gempak. Biasalah aku member yang ini. Memang tak habis meng-bahan. Owh, aku dapat jugak merasa LC baru daniel. Memang smooth je naik. 

Saturday, September 3, 2011

Open House 2


Rumah Nazahiyah


║It's already 2.30 PM. Aku bergegas menaiki lif nak pergi kerumah Yen. Meanwhile, Anoi tengah tunggu dekat bawah. He drive again today. Today plan nak pergi rumah Naza. Her girlfriend. A few minutes, fewlah sangat. Huhu. Berangkatlah kitaorang menuju ke rumah dia. Tak jauh actually. Flet sebelah je.

║I dont know why, I keeping making jokes. Memang tergelak² je aku dengan diorang². Lebih kurang lepas 1 jam kat rumah dia. Kitaorang salam tangan her mother sebab nak balik. Ada dengar duit raya, tapi tak kunjung tiba pun sampul tu kat tangan kitaorang. Anoi kata nak bagi nanti tapi tak tahulah. Boleh percaya? 
Inside the car, I invite Yen to beraya lagi. Next destination is Balakong. But he refuse. Kata malas.

Rumah Nurul Izwannie

║Aku terlelap. Kerja pukul 5 PM. So I decide to take a nap. Then my phone vibrate. One message received. From who? From Yen. A miracle happen. Dia tiba² nak beraya. Aku pun apa lagi. Jomlah.
Sure aku datang lambat kerja. Huhu. 

║The location is in Jalan Peel, PPR Laksamana. Cantik enviroment dia. Lif pun ada hiasan. Kalau nak harap kan 'Condo' aku ni. Sehari letak esok dah jahanam. Mentaliti down! Masa nak carik rumah dia. Dia tiba² muncul. Then teruslah masuk kerumah dia. Makan kuih, borak². Yen ajak pergi balakong rumah Elia. After confirm with her. We continue our journey. About 20 minutes lah jugak baru sampai.

Rumah Elia

║Quite hard nak carik rumah dia. Lepas Yen cakap dengan Elia baru tahu macam mana nak masuk. Cheras Perdana. Lepas lalu security punya pondok. Kitaorang terus parking. Then, nampak dia baru nak keluar dengan adik dia. Nak carik kitaorang la tu takut sesat. Masuk² rumah aku terus ternampak potret seorang tokoh ulama kat malaysia ini. 
TUAN GURU HAJI DR HARUN DIN

║Beliau antara ulama yang aku kagumi dekat Malaysia ini. Dia pun pakar dalam perkara - perkara ghaib ini. Anyway, she prepare sedap jugak for us. Ayam masak merah. Wow, memang sedap tu. Ayam², my favourite. Sampai dua ketul aku makan. Nasik dua kali tambah. Memang lapar.


║Before balik, aku, Yen and her take a photo. Yela, bukan senang nak jumpa. Lagipun aku nak jadikkan bahan for my blog. So, there she is. Yen macam mana entah tangkap gambar. Blur muka aku. Huhu. Around 9 PM baru sampai rumah. Aku pergi kerja pukul 9.30PM. Nasib baik tak kena marah.


Friday, September 2, 2011

Ashraf Come Back From Kampung

Ashraf's Honda Wave


║Pukul 2.30 PM. Aku dapat call dari Ashraf. Dia tanya nak lepak. Okay, jom lepak. Bila aku turun aku ingat he's riding his LC. But, he bring home his baby. Banyak kenangan dengan motor ini. Aku start naik since form 2. Tapi now semua dah upgrade. From the rim, throttle. He even bought a new helmet. Terlepas juga rindu dengan motor ini. Then after teman dia pergi beli gundam, lepak main PS dekat rumah dia dengan anoi, yen. At 6 PM, i went to work

Slimy Thing


║En. Farid. My manager baru balik dari kampung. Aku sampai office he said ada present for me. Ada barrel warna hijau. When i opened it i thought air, then bila keluarkan dia actually bukan air. It stick together but nampak macam liquid. Best nak kenakan orang. I already prank some of my co - worker and it's work! Haha.

Thursday, September 1, 2011

Open House

FAIL!


Bila orang kita buat iklan. Huhu~

Ain Open House
║Raya ke -3. Aku telah dijemput untuk menghadiri rumah terbuka Ain. Lepas zuhur.

 Khalil, me and kartikgayan. He pointing at the ayam masak merah because he love it. He ate it with mee laksa. Haha

Candid. But I still able to smile. Enjoying my ketupat.

My second twin. Khalil. 

Lee Chuang Cheng and Kartik was amaze when they heard my story which is a lie. :D

 I wish the prime minister could see this picture. One Malaysia!

5 Science FOREVER. Except for Khalil.


Credit to Abdul Shamin and Ain for these lovely pictures.

Wednesday, August 31, 2011

A Very Sleepy Raya

Mengantuk


║Qada tidur. Itu alasan paling sesuai kenapa aku bangun pukul 3 petang. Susah nak celikkan mata. Bukak mata then lelap balik. Pastu bangun baring balik. Semalam raya pun aku memang asyik terlentuk dalam kereta. Mungkin nak ganti balik masa tidur yang tak cukup, semalam adalah masa yang terbaik.

║Semalam ada orang datang rumah pun aku tak sedar. Terperap dalam bilik. Sampai nak petang pun tak perasan. Dah lah semalam aku kerja. Nasib tak lambat. Cuma tak dapat nak ambil overtime. Huhu. Bangun pun sakit² badan. Memang aku ada dengar kalau terlebih tidur sengal² badan dibuatnya, Masa nak tidur lepas balik kerja pulak susah. Segar pulak mata. Huhu.

Tuesday, August 30, 2011

Satu Syawal

Balik Kampung

║Takbir dilaungkan. Tanda kemenangan. Kemenangan diatas peperangan selama sebulan. Melawan nafsu dengan bersenjatakan iman dan kesabaran. Akhirnya tiba hari yang dinanti. Hari Raya Aidilfitri menjengah lagi. Hari ini aku mulakan dengan menunaikan solat sunat di masjid aku. Pada mulanya agak lengang, tapi lepas beberapa minit ruang saf² dipenuhi dengan orang ramai. Tapi kebanyakannya orang² berbangsa bangla. Huhu. Memang KL dipenuhi dengan bangsa asing je masa sekarang. Ramai yang balik kampung.

║Lepas selesai solat sunat, aku pun bergegas pulang ke rumah. Tak makan lagi ni. Lapar. Lepas semua dah sampai dekat rumah. Ekspedisi balik kampung pun bermula. First stop. Rumah Mak Long aku. Aku memang suka rumah dia sebab besar. Maklumlah banglo. Memang aku teringin sangat this kind of house.




My Pak Long with My Abah
tengah bincang pasal kencing manis. typical topic. :P



║Pukul 2 lebih, aku dengan family aku pun menuju ke rumah Pak Cik Said. Hah, kalau tak ada dia ini. Tak lahir aku kat dunia. Sebab dialah my parents boleh bertemu. He like a brother to my father. This is his house.

Cantikkan rumah. Memang style kampung betul.



║After that, I'm on way to visit my nenek. She stay at Sg Buloh. Tak jauh sangat from Rawang, rumah Mak Long aku. After 10 minutes, kitaorang pun sampai dekat Kampung Paya Jaras. Guess what, aku terserempak dengan M. Nasir. Aduh, aku dahlah die-hard-fan dia. Masa itu jugaklah lagu Salam Dunia aku nyanyi. Tak dapat tegur, terserempak pun jadi lah~


A pair of Nike Classic with Baju Melayu. What a style :D


My grandmother. She belum nyanyok lagi ok.


Tangkap gambar before balik

║On the way back aku memang mengantuk gila. Maybe sebab aku makan lemang banyak sangat. In the end, aku tidur je sepanjang perjalanan pulang. Tahu² dah sampai rumah.

Monday, August 29, 2011

29 Ramadhan 1432H

Penutup Tirai Ramadhan 1432H

║Alhamdulilah, akhirnya aku berjaya menyempurnakan ibadah puasa aku untuk tahun ini. Walaupun agak terkilan sebab aku tak berpeluang nak buat beberapa ibadah sunat disebabkan aku berkerja shift malam. Huhu. Tapi tahun ini, aku berpuasa dalam suasana yang berbeza dan baru.

║Berbuka di tempat kerja. Pertama kali aku merasai. Mula² agak hambar. Makan sorang², terus aku terkenang suasana di rumah. Selepas beberapa hari, segalanya berubah. Aku dan co-worker aku berbuka seperti dalam satu keluarga. Lagi satu, melihat orang Islam, Pure Melayu, Dah Besar Panjang, tak puasa depan aku. Sabar jelah, kalau tak puasa tak payahlah nak menunjuk. Macam diorang bangga pulak tak puasa.

║Dalam bulan ini jugak doa aku dimakbulkan. Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Alhamdulilah. Syukur.

║Aku juga berjaya meng-postkan paling banyak post dalam sebulan. Haha. :P

║Kenangan yang menarik dalam menjalani ibadah puasa tahun ini. Aku berdoa agar aku dapat terus merasai ramadhan yang akan datang. Amin.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Menyusun sepuluh jari andai ada tersilap bicara, terkasar bahasa, ataupun perbuatan yang menyinggung perasaan. Marilah kita menyambut hari kemenangan dengan hati yang tenang : )


 
www.dausphilosophy.blogspot.com