Thursday, September 9, 2010
30 Ramadhan 1431
alhamdulilah..tetap pada pukul 7.17 tadi..sempurnalah puasaku pada tahun ini.
kini..bulan ramadhan pergi meninggalkan kita..bulan yang penuh berkat ini pasti akan kita nantikan pada tahun akan datang dan aku berdoa aku dapat lagi merasai dan beribadat pada bulan ramadhan yang akan datang.
takbir raya telah pun berkumandang selepas solat maghrib tadi..jemaah - jemaah di surau masjid terus melontarkan suara memuji Allah yang maha esa..takbir akan berkumandang apabila umat islam memenangi peperangan dan kita pula bertakbir kerana kita telah berjaya dalam peperangan menentang hawa nafsu. hari raya aidilfitri pada tahun ini jatuh pada hari jumaat..penghulu segala hari..1 syawal pasti diraikan pada tanggal 10 September.
aku bersyukur pada illahi..sesungguhnya kebesaranmu tiada tandingnya..ampunkan hamba mu ini ya Allah..marilah kita bermaaf-maafan..ambil lah peluang ini untuk memulakan yang biru..esok hari..aku akan bersalam - salaman dengan keluargaku. tradisi ini tidak pernah ayahku lupakan. salam aidilfiti kepada semua. maaf zahir dan batin..
Monday, September 6, 2010
27 Ramadhan 1431
Akhirnya aku mendapat ilham untuk menulis dalam blog aku. Setelah sekian lama kekeringan idea. Dalam kesibukan orang membeli belah tiba2 muncul keinginan untuk menulis sesuatu dalam bulan mulia ini. Hari raya semakin hampir dengan kita dan bulan ramadhan pula semakin hari semakin meninggalkan kita. Kita berseronok menghitung hari untuk menyambut ketibaan lebaran tapi dalam masanya sama sedih kerana bulan yang berkat ini pergi buat sekali lagi.
KL kini dibanjiri orang ramai. Tujuaanya untuk membeli belah untuk persiapan raya tahun ini. Meriah, itulah suasana yang dapat aku gambar dari pancaindera aku. Keriuhan orang ramai tidak menenggelamkan irama2 merdu lagu raya yang keluar dari pembesar suara. Bagaikan konsert jadinya. Mulut turut serta menyanyikan lagu raya.
Aku mengakui tidak sabar untuk menyambut hari raya seperti hari lain. Raya 'spirit' itu seperti masuk kedalam badanku secara senyap dan menjadi semakin kuat apabila hari raya menjelang. Tapi bagaimanapula dengan saudara seislam kita di pakistan yang dilanda musibah. Meraikan hari raya dalam keadaan tersebut pasti kurang meriahnya.
Namun itu semua dugaan daripadaNya dan aku berharap agar mereka sabar. Teringat lagu M.Nasir salam dunia. Aku tujukan khas buat mereka. Semoga segala keadaaan disana akan menjadi semakin baik. Amin.
Friday, August 20, 2010
11 Ramadhan 1431
itu yang boleh aku rungkaikan dari ape yang ada dalam fikiran aku..
aku tak tahu bile aku start bercakap..
aku tak tahu bile aku start mengeja..
aku dh lupa bile aku start puasa penuh dalam satu hari..
malangnye sebab otak kita tak dapat nak memuatkan segala peristiwa yang
kite pernah alami dalam organ yang mengandungi banyak sel tu..
kadang - kadang aku mesti pernah try nk recall perkara - perkara mcm tu..
contohnya macam dengar 1 lagu then korang rase macam pernah dgr..
mesti korang akan search dalam2 kt otak..nasib lah kalau jumpe..
macam hari tu aku boleh terlupa aku pnye no sijil lahir..
sedangkan dulu aku punye kemain hafal sebab aku suke nombor 2..
but then again..otak nie bukan la hard disk yang ade 1 tetrabyte..
tapi kemampuan yang memang amat la jauh dengan ciptaan manusia tu..
sebab nie adalah ciptaan yang maha esa..
Allah yang maha bijaksana..
Thursday, August 12, 2010
1st Ramadhan 1431
Cepat betol masa itu berlalu..
Sampai tak rasa macam setahun..
Tapi alhamdulilah..dapat jugak aku menunaikan rukun islam ketiga ini tahun ini..
Bersyukur sangat2 kepada yang Esa.
Pari ini..
Pelajar - pelajar 5 Sains dipanggil ke bilik pengetua..
sebab pengetua nk jumpe la budak - budak yang disandarkan harapan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm 2010.
Harapan la sangat..
Yang menjadi tak sedapnyer..dibacanya pulak keputusan exam diagnostik dulu..
aiyo.gigit jari nie...mampus die tanya kenapa banyak fail..
aku ade 4 subject failed..sampai je bilik die..aku terus duduk di bahagian hadapan.
di hadapan aku ade la cikgu kishen,cikgu rosemand n die..
aku pun terus tunduk..
anyway..she was very funny dat time..banyak wat lawak..
mybe sebab dia nk kitaorg tenang..xtau la..
satu demi satu name die bace..sampai la aku..
dibacanye keputusan yang 4 2..die cakap..awk boleh berjaya..
cuma kena usaha skit..aku pun tunduk2 tanda setuju..
dalam hati..nasib baik la dia tak marah..n cikgu kishen tambah lagi..
aku tak datang exam die masa ujian pre trial sbb tgk bola..tp nasib baik
dia kate aku ok..lau tak..kena teruk la aku..
nasihat pnye nasihat..kitaorg pun bersurai..
insaflah skit ktaorang..aku pun dh rase bersemangat nk belajar..
aku harap ape yang die cakap tu tak hilang dalam ingatan aku nie..
insyallah..aku cuba menjadi pelajar harapan walaupun 4 tu menghalang..
huhu..subject failed..
Thursday, June 10, 2010
Public Transport
Cerita dia bermula dengan stesen komuter dekat Mid Valley ditutup untuk orang ramai. Aku baru balik dari mid kul 5 .Turun je je escalator aku tengok ramai orang terkandas kat depan pintu masuk sebab pekerja ktm 2 tutup pintu gril. Semua bertanya kat dia,kesian macam robot jawab jawapan yang sama. Dia kata ade berlaku kerosakan kt ktm so akan berlaku kelewatan selama 1 jam!! Bayangkan keadaan kt platform. Mesti penuh!! Selepas tunggu punye lama, aku pun decide nak amik jalan lain. Aku pikir - pikir ade bas free untuk ke stesen putra kt bangsar, so aku boleh naik tren dan turun kat masjid jamek then naik lrt then turun kt salak selatan, naik bas U48 lastly smpai rumah..hehe..panjang pikir.
Waktu naik bas free tu punya la sesak,ada lah mat salleh sebelah aku tu naik bas yang sama. Selepas turun kt bangsar, aku naik la putra untuk ke Masjid Jamek. Seharusnya sistem pengangkutan awam yang diterajui RapidKL dipuji. Masa yang menunggu yang kurang dan tren tiba tepat pada masa. KTM harus belajar dari mereka. Tapi ditakdirkan aku sampai around nak pukul 5.30 n masa tu ramai orang pulang dari kerja so tren agak sesak la..huhu..berhimpit..
Sampai dekat masjid jamek, aku pun naik tren ke stesen salak selatan. Perjalan semua berjalan lancar sampai lah aku tunggu bas. Huh, nk dekat sejam tunggu. Punya lah lambat n bila sampai pulak bas penuh. Terseksa masa itu. Bas rapidkl mungkin perlu perbanyakkan bas ketika waktu puncak sebab kuantiti bas yang ada sekarang pun tak mencukupi.
Aku sampai rumah pukul 7.30 macam tu. Elok2 nak balik awal tapi terbalik jadinya gara - gara kerosakan ktm. Perkhidmatan ktm selalu berlaku kelewatan dan peristiwa hari rabu tu memang antara yang terburuk pernah aku alami. Mungkin ada sesuatu yang pihak ktm dapat lakukan sesuatu untuk menaikkan lagi mutu perkhidmatan kerana ktm antara satu pengangkutan awam yang utama di lembah kelang.
Wednesday, June 9, 2010
Shrek : Forever After
Hari ni aku berkesempatan tengok cerita Shrek dekat GSC Mid Valley. Aku dapat hall 7 and hall tu agak kecil tapi normal lah sebab cerita ni pun dah lama tayang kt pawagam.
Anyway,apa yang boleh aku rumuskan ialah skrip yang telah digarap amat bagus. Mengambil plot ketika Princess fiona belum diselamat sebagai permulaan cerita amat genius. Segalanya disusun dengan cantik. Shrek yang mengalami krisis menghadapi rutin hidup yang sama akhirnya mengeluarkan rasa tidak puas hatinya sehingga melukakan hati isterinya sendiri.
Villain bagi cerita ini, rumpelstiltskin diolah dengan baik. Saiz badannya yang kecil tidak sekali menunjukkan saiz otaknya yang sebenar,dia seorang yang licik. Mood sedih dapat ditunjukkan dengan baik. Penyesalan yang ditunjukkan oleh shrek akibat kebodohannya membuat perjanjian dengan rumpelstiltskin dapat dirasai penonton. Di penghujung, shrek akhirnya dapat membatalkan perjanjian tersebut dengan ciuman sejati yang diberikan oleh fiona dan shrek hidup happily ever after..hehe..
Jalan cerita yang sangat unik,hebat dan tidak jemu untuk ditonton. Lawak yang ditonjolkan pula adalah sgt fresh dan tidak lapuk. Semestinya shrek forever after adalah satu penamat yang terbaik untuk tetratology film shrek. Satu siri filem yang amat menarik dan kelakar!!
UNTUK FILEM INI:
★★★★☆
Marah Bukan Penyelesaian
Apa Guna?
Bercakap menggunakan nada tinggi dan kadang2 pasti akan diikuti dengan tindakan yang agresif. Marah bukanlah satu cara untuk menyelesaikan masalah tetapi memburukkan lagi keadaan.
Permasalahan boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Kita boleh mengekspresikan apa yang kita mahu lakukan dengan pelbagai pendekatan. Marah atau menyeselesaikan secara baik menggunakan pertuturan yang sopan tanpa diikuti dengan tindakan yang agresif. Aku prefer yang atas ni.
Dari segala peramatan, marah hanya mendatangkan kesan yang buruk. Setiap individu yang menyelesaikan masalah dengan marah pasti akan bergaduh besar akhirnya. Apabila kemarahan memuncak, minda seperti akan merelakan segala perbuatan yang difikirkan.
Keinginan untuk menumbuk muka orang yang bertelagah pasti akan menjadi realiti.
Keputusannya, pergaduhan ala - ala budak kecik.
Apa yang perlu kita lakukan is bersabar dan menggunakan pendekatan yg lebih baik utk menyelesaikan masalah. Nescaya, masalah yang kita hadapi itu akan mudah untuk diselesaikan
Tapi,merasai marah itu adalah normal. Terpulang pada kita menanganinya.
Tuesday, June 8, 2010
Rancangan Maha Jahat Zionis
Zionis. Tiada satu perkataan yang dapat menggambarkan kejahatan mereka.
Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Membunuh bagaikan satu kemestian.
Jahanamlah kepada perdana menteri dan askar - askar yang telah melakukan
dosa besar pada hari ini.
Pagi lagi aku dah dikejutkan dengan berita tu. Dalam kesibukan nak pergi ke sekolah,
aku terpaku di depan TV. Mendengar berita yang disampaikan. Kapal yang dinaiki oleh
sukarelawan malaysia diserang dan ditahan zionis dan kedengaran angka kematian
diberitahu. 19 orang telahpun terkorban. Rejim zionis. Adakah perbuatan mahu menolong
orang menjadi satu kesalahan jenayah di negara Israel laknatullah? Hati yang murni mahu
menolong mangsa peperangan dibalas dengan bedilan peluru yang menembusi kulit - kulit
insan yang tak berdosa? Dunia melabel Osama pengganas. kenapa tidak Israel?
Kapal rachel corrie turut ditahan tetapi alhamdulillah semuanya berjalan tanpa sebarang
tanpa pertumpahan darah. Semua sukarelawan malaysia telah pulang ke tanah air dengan
selamat tetapi tidak bagi sukarelawan turki kerana mereka terpaksa dibawa pulang bersama
keranda.
Kerajaan malaysia harus membawa isu ini ke platform antarabangsa. Sudah tiba masa kita
tidak berdiam diri lagi dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim ini. Ayuh rakyat malaysia,
bersatu hati untuk mengutarakan kebencian kita terhadap negara israel. Bersatulah rakyat palestine dan teguhkan lah iman mu kerana Allah sentiasa bersama kamu semua.
Jahanamlah kamu zionis!!
Salahudin ayyubi pernah berkata - sesiapa yang menguasai baitulmaqdis pasti akan akan menguasai dunia.
