Thursday, August 18, 2011

18 Ramadhan 1432H

►Dekorasi Raya

Waktu aku mula² melangkah masuk ke dalam MBO, Diorang tengah sibuk hias MBO dengan dekorasi raya. Gantung lampu lip - lap, ketupat, tampal kad raya. Wahh, dah rasa suasana raya itu semakin dekat. Tengok siap panjat tangga lagi, asalkan nampak cantik. At least bolehlah mengubat rindu buat orang - orang yang kena bekerja hari raya nanti. Huhu. Lagu paling sesuai Air Mata Syawal. :P



Masa berbuka pulak, meriah sungguh. Manager aku yang bukan islam pun join sekali siap beli lauk lagi. Tiap² hari pun macam ini. Tapi ramai masa ini, hari² buka puasa pun tak terasa sunyi. Terubatlah kerinduan nak berbuka dengan keluarga. : )

Malam itu pulak, aku masak nasik goreng guna rice cooker lagi. Kali ini ade letak pajeri so rasa manis². Kurang malam tu rasa sedapnya. Tapi presentation malam tu terbaik. Ala² chef. Haha



Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan 1432H

►Hanya Lambaian

Masa aku nak pergi kerja. Aku terserempak dengan dua orang member aku. Amirul Shafiq dengan Khalil Afiq. Tapi hanya lambaian je sempat kitaorang kongsi sebab masing² ada hal. Aku nak pergi kerja, Khalil maybe class, Shafiq tak tahu lah apa dia buat sekarang. Dah lama aku tak borak dengan member² aku. Rasa rindu jugak, mesti best duduk hostel. 24 hours with friends. Agak kejelesan sebab diorang dah rasa aku tak rasa lagi.



Tuesday, August 16, 2011

16 Ramadhan 1432H

►The 16th Day

Gundam. Cantikkan. Tapi bukan aku punya. Manager aku punya. Aku just tolong style-kan je. Semalam dah hari ke 16 kita berpuasa. If kita nak guna kata² klise. Pejam celik pejam celik kita dah sampai kat pertengahan ramadhan.

Dekat tempat kerja aku dah pun bermula dekorasi raya dengan merdeka. Yelah, tahun ini kita sambut Merdeka Raya. Jadik dekorasi campuranlah jawabnya. Hehe


Chalk line orang bunuh diri dekat parking
~hehe. no la. sign pejalan kaki

Monday, August 15, 2011

15 Ramadhan 1432H

Mari Memasak Guna Rice Cooker

Hari rabu hari tu aku ditugas dengan task yang baru. Masak nasi goreng sebab ada nasi yang berlebih. Tapi menggunakan rice cooker bukan kuali. Manager aku yang ajar. Huhu.


(Sediakan 1 rice cooker, nasi, mentega)

Mula - mula panaskan periuk, masukkan mentega dan cairkan. Mentega dijadikkan minyak. Masukkan rencah. Masukkan nasik. Gaul sampai sebati warna.


(Gaul - gaul dan gaul)

Lepas dah sebati warne dia. Masukkan garam. Gaulkan lagi. Hah, kena tekan je button cook tu sebab kalau dah panas nanti dia juz warm-kan je. Lepas siap hiaskan lah.

Nasi Goreng Rice Cooker :D

Lepas siap tu. My co-worker pun datang rasa. Huhu. Takut tak sedap je.



Nasib baik diorang bagi komen yang memberangsangkan. Taklah perfect just bagi beginner macam aku kira baguslah. Aku punya tangan ni boleh masak rupanya. Hehe.

Monday, August 8, 2011

8 Ramadhan 1432H

►Promotion Feels Good


║Bukan dalam perancangan aku tapi itulah dah rezeki. Aku dapat tawaran. Kenaikan pangkatlah kira. Membuatkan aku adalah memegang gelaran 'leader' dibelakang. Bukanlah aku nak membangga diri. Cuma aku ambil ini sebagai pengalaman dan penguat kepada resume aku kelak. Iyelah kelulusan sahaja tak cukup, perlukan pengalaman kata orang.

║Aku pun dah lama berkhidmat dekat tempat kerja aku tu. Kalau nak dikira berapa lama takde lah sampai bertahun² tapi bulan² jugak lah. Banyak juga benda yang aku dah belajar. Dari satu department ke satu department. Aku anggap itu kelebihan dan latihan supaya bila dalam alam pekerjaan nanti takde la gugup kalau berjumpa dengan customer ataupun menyelesaikan tugas yang diberi.

║Tawaran ini jugak boleh dianggap sebagai motivasi kepada aku supaya aku memantap prestasi aku. Sejak akhir - akhir ini pun aku dah hilang minat nak kerja. Ada niat nak berhenti. Tapi disebabkan ini aku tarik balik niat aku. Kalau nak ikutkan, dah lama aku tak pegang jawatan ketua. Last pun kat sekolah. Adalah ciri - ciri gila kuasa sikit. Huhu. Esok adalah permulaan yang baru bagi aku. Jawatan baru dimulakan dengan semangat yang utuh!

Sunday, August 7, 2011

7 Ramadhan 1432H

Bazar Ramadhan Sungai Besi

Hari ini. Aku berkesempatan keluar sebentar dari tempat kerja dengan co -worker aku. En. Ashraf, mula - mula pergi bazar dekat Kg Malaysia tapi disebabkan kurang pilihan we decide to go to bazar Sg Besi.

Sampai je, aku terus cakap. Ini barulah bazar, banyak pilihan, banyak gerai. Orang ramai pun penuh sesak. Rambang mata dibuatnyer. Tak tau nak beli apa. Beli ikot kemampuan saja lah. Last - last, aku beli kebab dengan lepat pisang. Kebab tu sebab aku ngidam.

Buka Puasa @ MBO

Suasana berbuka puasa dekat MBO mcm dekat rumah. Makan ramai - ramai, masing - masing bawak lauk untuk dikongsi. Ada yang beli kuih - kuih. Betul - betul terasa macam keluarga. Aku je yang tak sumbangkan apa - apa itupun air gas harga 2.50. Huhu. Seronoklah berbuka puasa macam tu. Keseronokan itu bukan pada makanan, tapi perasaan kita yang berjaya menghabiskan ibadah puasa hari ini. Terasa puas. Ditambah lagi dengan berbuka beramai - ramai. Gurau senda tu boleh dijadikan pengubat stress. Satu suasana pekerjaan yang cukup tenang..


Tuesday, August 2, 2011

2 Ramadhan 1432H

Satu Petang di Bazaar Ramadhan Desa Petaling



Bazaar amat sinonim dengan bulan Ramadhan. Bila bulan yang penuh berkat ini tiba, maka adalah bazaar ramadhan. Bazaar yang menghimpuan bermacam juadah berbuka puasa. Tapi dekat Desa Petaling ini kecil saje bazaar dia. Walaupun kecil, ramai jugak yang serbu. Bukan tiap bulan macam ni. So, aku pun decide nak turun padang hari ini. Tak ada niat nak beli apa pun cuma kebetulan kawan aku. Ling Guang Jie(GJ) nak jumpa so alang - alang ajak dia. Dia baru balik PLKN. Excited nak tengok dia kurus ke tak.

Its already 7.11 pm, tapi kelibat si GJ langsung tak nampak. Hantar mesej kata OTW. Sementara nak tunggu tu terserempaklah dengan familiar faces kat situ. Ada yang menjual ada yang membeli. Dari jauh aku nampak ada mamat sorang ni pakai cap. Sure dia, wow perut dah kempis sikit. Lemak pun dah tak ada. Memang kena ragging mamat ni kat sana. Shake hand, lama jugak tak jumpa si GJ ni. Rupa - rupanya dia penghulu kat kem dia. Hebat betul.

Air jagung and air bandung, semua disponsor oleh beliau. Selamat duit aku. Huhu. So, kitaorang decide nak buka puasa kat food court giant. Bazaar ramadhan bukanlah sekadar menjual makanan. Tapi satu bazaar yang mengeratkan kaum. Ada satu cerita aku dengar, walaupun uncle berbangsa cina tu sampai dulu. Tapi dia bagi orang belakang dia yang berbangsa melayu order dulu disebabkan azan nak dekat. See, masih ada toleransi diantara kita walaupun ade khabar - khabar yang kurang baik tentang isu perkauman.

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan 1432H

My Beloved Nokia 5130

1 haribulan lapan. Setahun sudah pun berlalu. Memori Ramadhan tahun lalu masih segar di ingatan. Sekelip mata kita dah pun berada dalam bulan Ramadhan semula. Pantas, Cepat, Laju masa berlalu. Tapi kalau nak dikatakan 3 bulan bukanlah lama sangat. Tapi handphoneku problem lagi. Alhamdulilah masih boleh di-repair sebab problem software tapi melayanglah lagi RM50 ku.
Huhu.





Tibalah aku kat tempat ini pukul 12.07 minit. Sampai saja kat kaunter. Aku terus cakap saya nak flashing hp ini. She asked why. Aku cakap tak boleh access message. Common problem for Nokia 5130. So dia kata kena formatlah macam ini. Format = Flashing sama lah. Then she said tapi kita cas RM50. Aku anggukkan kepala sebab aku dah pernah repair kat sini bulan Mac lepas. Lepas 2 jam akhirnya siap. Aku pun dah lewat pergi kerja. Handphone pun dah ok. If 'she' have a problem, I'll have problem too. Problem to sleep. Resah, rasa tak sama kalau dia tak ok.

Persoalan. Rasional ke format sampai RM50. Bukan tukar component or aku mintak diorang diagnosis aku punya tu then mintak diorang solve berpuluh - puluh masalah bug dekat hp Nokia 5130 ini. Imagine handphone ini sekarang dah murah. Mesti ramai yang target this HP. Then this problem will happen to them. If owner tu sekolah. Bukan habis duit belanja dia nanti. Ini jela yang aku tak puas hati dari pandangan aku lah. Cuma aku rasa patut dikurangkanlah. Rm50 is to much lah.
 
www.dausphilosophy.blogspot.com