Sunday, August 28, 2011

28 Ramadhan 1432H

► Berbuka Puasa di Pizza Hut

║ Hari ini aku keluar pergi ke Jalan TAR sebab nak carik barang² Special One. Penat meneman orang perempuan pergi shopping kan. Tapi, jangkaan aku meleset. Ingat ramai orang ahad - ahad ini. Tapi sikit saja orang, macam weekdays. Mungkin yang tinggal ini saki baki orang KL yang tak balik KL or belum.

║So, aku plan nak berbuka puasa makan pizza. Destination Pizza Hut Pavi. Aku, Special One, Yen, Nurul Izwanie and kawan Special One. Tepat pukul 5.30 dah masuk restaurant itu. Takut orang ramai. Mula² aku dengan dia saja kat situ. Then sorang² pun sampai. Masa nak berbuka, akulah tukang baca doanya. First thing aku buat is teguk air 7UP tu, tak tahan dahaga dari Jalan TAR lagi. Habis segelas. Refill!

Yen with Nurul Izwannie

║Chocolate Volcano for the dessert. She order it, I pun join sekakilah. Hehe. After borak² sampai restaurant itu hampir kosong, kitaorang pun mengorak langkah pulang.

Saturday, August 27, 2011

27 Ramadhan 1432H

► Berbuka Puasa dengan MR Khai

║Memandangkan hari ini aku dengan yen free. Aku plan nak berbuka dengan cikgu aku. Yela, dulu aku selalu tidur rumah dia belajar. Belajar ke? Huhu. So, tahun ini rindu nak berbuka dekat rumah dia lagi sebelum bulan puasa tahun ini melabuhkan tirainya.


║ Menu itu hari itu ialah Ayam Percik, Sate, Roti John and air carbonated kesukaan aku. Mountain Dew! Rasa seronok. Dah lama tak makan ramai² dekat meja dulu. Dapatlah mengubat kerinduan nak merasai suasana macam dulu. Malam itu pulak kitaorang mengemas rumah cikgu. Pasang langsir, cuci tingkap sambil dengar lagu raya. So klise! Hehe.

Friday, August 26, 2011

26 Ramadhan 1432H

► Tinggal 4 Hari Lagi

║ Today kawan - kawan aku yang sedang belajar pulang untuk bercuti. Tapi budak² matrix dah balik seminggu awal. So, macam biasa. Kalau budak UiTM cuti, mesti aku akan berkepit dengan kembar aku. Yen. Hari tu both of us pergi solat jumaat together. Dekat sana jumpalah muka² yang familiar seperti mamat di atas. Solleh. Dia tengah sibuk cerita pasal matrix dia tu. Khusyuk kitaorang dengar.

║Lepas solat and borak², yen ajak aku pergi sekolah sebab nak ambil balik kerja kursus ukiran kayu dia tu from Cikgu Yusry. Tengah otw nak pergi ke bilik guru, Penyelia Petang tegur pasal tawaran U yang aku dapat tu. Hehe. Berlainan dengan sebelum ini. Aku mesti mengelak jumpa dengan aku. Unfortunately, ukiran kayu dia tak ada kat cikgu. Still ada kat bilik seni. So kena ambil nanti.


║Petang itu pulak aku kena kerja. So destinasi bazaar kali ini dekat Bazaar Ramadhan Stadium Cheras. Kalau nak ikutkan, bazaar inilah yang paling terpanjang aku pernah pergi. Masa jalan itu memang tak nampak penghujunglah. Satu jenis juadah 2,3 gerai jual. Memang paradise. Lepas beberapa minit jugaklah berjalan baru sampai ke penghujung.

Penghujung jual kepak ayam. Yum²

Kad Raya Department Aku. Style Kan : )

Duit seringgit untuk raya. Hehe. No Lah, Duit baki untuk concession.

║Esok aku dah start cuti, so berdiskusi malamlah aku dengan Yen and Khalil Afiq. Macam² lah kitaorang borak. Biasalah, dah berapa bulan tak jumpa. Borak punya borak, tak sedar dah pukul 4 pagi. Balik rumah, sahur terus tidur. Huhu

Thursday, August 25, 2011

25 Ramadhan 1432

► Excuse me, I Fell of My Handphone In The Hall

║Often this such of thing happen. People drop their handphone and return back to the cinema. Luckily most of the customer got back their phone. But if they did not found it. They will blame it to us and accused us took their handphone.

║Masa itu pukul 12 midnite. Ada seorang negro datang masuk cinema. Muka pucat gila. Macam nak pukul orang. Datang terus rush dekat aku. Aku pun terkejutlah jugak. Nak gaduh ke?
Badan dia dah lah besar. Memang tak lepas aku lawan. Tiba2 dia cakap. Aaa, i fell of my handphone in the hall. Can i go check? Muka dah berpeluh². OK sir, sure sure sure.

║Masuk hall aku terus pergi seat yang berlabel macam dekat tiket dia tu. Tapi aku pusing belakang dia tak ada. Rupanya dia kat atas punya row. Tak duduk ikot tiket dia ni. Then, jumpa. Muka sangat² lega. I'm so grateful. Thank you. Thank you. Nasib baik jumpa. Kat tempat aku memang selalu jumpa balik diorang punya belongings. Jarang ada kes hilang terus. Ada pun kalau customer tu tinggal, then ada show main lepas itu. Ada kemungkinan jugak customer lain yang ambil.

Wednesday, August 24, 2011

24 Ramadhan 1432H

►Antara Shopping dan Carpet Cleaning

║Semalam aku berangkat pergi KL. Malas nak tunggu ahad ini. Mesti sesak. So aku pun berangkat pergi ke sana. Masih sesak tapi tak adalah terlalu ramai. Cari punya cari akhir jumpa jugak yang berkenan. Berapa kali aku masuk fitting room tu. huhu. After that, aku beli barang sikit, beli kad raya and naik tren untuk pergi kerja.

║ Malam tu pulak ada carpet cleaning kat MBO. Every 3 month kena ada carpet cleaning sebab dah berdebu.




Tuesday, August 23, 2011

23 Ramadhan 1432H

► Alhamdulilah. Akhirnya!!


║Hujan pada pagi itu menyimpan seribu satu rahsia tentang hari itu. Berpayung ketika perjalanan menuju ke tempat kerja adalah satu perjalanan terakhir untuk hati yang bersedih ini. Sebelum ini aku memang tertekan dengan apa yang berlaku. Berapa banyak post yang aku luahkan rasa jealous,sedih dan teringin yang amat sangat. Namun, semua itu menemui titik noktah semalam. Satu pesanan ringkas menamatkan segalan kekecewaan. Alhamdulilah, terima kasih Allah.

Bismillah,


║Perasaan aku sekarang ini memang susah nak digambarkan. Sangat berlawanan dengan aku di hari² sebelum. Happy! Gembira! Excited! Apa yang aku hajati akhirnya termakbul jugak. Waktu aku check keputusan ini aku dekat tempat kerja. Mintak kebenaran boss nak bukak website and boss aku kasi tapi kena bukak depan dia. Masa aku menaip nombor ic aku, betapa berdegup kencangnya jantung. Akhirnya tertulis surat tawaran. Memadamkan api keresahan. Alhamdulilah, aku dapat course dan tempat yang aku nak. Itu yang membuatkan aku lagi tambah gembira. Melompatlah aku keriangan di dalam office itu. Boss aku pulak hanya ketawa dan ucapkan tahniah. Aku sungguh gembira!! Aku call semua orang yang selalu bagi aku semangat. Akhirnya, terdengar jugak perkataan tahniah itu. : )

║UiTM Kuala Pilah, tempat yang aku harapkan untuk menyambung pelajaran. Antara faktor dekat dengan KL. Owh, Special One pun belajar kat situ jugak. Hehe. Tarikh kemasukan bulan November jadi aku ada masa yang mencukupi nak complete kan semua. Sangat tak sabar!

║Syukur. Alhamdulilah :)

BULAN NOVEMBER NANTI : )


22 Ramadhan 1432H


►Mengesan Penipuan

║Masa itu seorang staff from my department want to go back. So, dia bagi kat aku duit untuk membership registration RM50. Then, tiba² Akak Priya tu ambil duit aku and kata. Nak tengok duit ini palsu ke tak masuk dalam kaunter. Aku pun cepat² masuk. Owh! Ada machine kesan duit palsu tu. Mesti gadget manager aku yang sponsor ini.

║Bile duit tu diletakkan dibawah cahaya ungu. Dia akan keluar lah simbol² dan gambar² yang sebelum ini tak ada. Itulah prove nak check whether duit betul atau tidak. For this now, 100% tulen. Lepas tu aku try letak IC coz akak tu suruh try. Then muncul gambar kita dalam ic tu kat sebelah gambar asal. Memang aku suprise gila sebab aku tak pernah tau pasal ini. Abes aku canang dekat budak² Usher. Hehe.

SNAP PIC BEFORE PERGI TERMENUNG..
Haha~

Sunday, August 21, 2011

21 Ramadhan 1432H

►Macam Mana Diorang Buka Puasa?

║Aku berpeluang balik awal dan aku ambil kesempatan ini balik ke rumah sebab aku nak berbuka dengan family. Yela, memandangkan puasa pun dah nak habis. Berapa kali je aku ada peluang macam ini. Dalam perjalanan pulang itu aku terpandang bas dan melihat pemandu bas. Masa itu dah pukul 7.10pm. Dah nak berbuka dah tu.



║Bukan kat tempat aku ini. Saja letak. Kalau macam aku kerja bukan bawak kenderaan. Masuk je waktu berbuka terus aku pergi dalam office nak berbuka. Kalau pemandu - pemandu nie. Tgh bawak² bas azan? Kenalah tunggu sampai stesen terakhir baru boleh jamah kurma kot. Huhu.

║Jalan- jalan akhirnya sampailah ke rumah.

 
www.dausphilosophy.blogspot.com