Friday, August 20, 2010

11 Ramadhan 1431

The Lost Memories..

itu yang boleh aku rungkaikan dari ape yang ada dalam fikiran aku..
aku tak tahu bile aku start bercakap..
aku tak tahu bile aku start mengeja..
aku dh lupa bile aku start puasa penuh dalam satu hari..
malangnye sebab otak kita tak dapat nak memuatkan segala peristiwa yang
kite pernah alami dalam organ yang mengandungi banyak sel tu..

kadang - kadang aku mesti pernah try nk recall perkara - perkara mcm tu..
contohnya macam dengar 1 lagu then korang rase macam pernah dgr..
mesti korang akan search dalam2 kt otak..nasib lah kalau jumpe..
macam hari tu aku boleh terlupa aku pnye no sijil lahir..
sedangkan dulu aku punye kemain hafal sebab aku suke nombor 2..
but then again..otak nie bukan la hard disk yang ade 1 tetrabyte..
tapi kemampuan yang memang amat la jauh dengan ciptaan manusia tu..
sebab nie adalah ciptaan yang maha esa..
Allah yang maha bijaksana..

Thursday, August 12, 2010

1st Ramadhan 1431

Today semua umat islam mula berpuasa..
Cepat betol masa itu berlalu..
Sampai tak rasa macam setahun..
Tapi alhamdulilah..dapat jugak aku menunaikan rukun islam ketiga ini tahun ini..
Bersyukur sangat2 kepada yang Esa.

Pari ini..
Pelajar - pelajar 5 Sains dipanggil ke bilik pengetua..
sebab pengetua nk jumpe la budak - budak yang disandarkan harapan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm 2010.
Harapan la sangat..
Yang menjadi tak sedapnyer..dibacanya pulak keputusan exam diagnostik dulu..
aiyo.gigit jari nie...mampus die tanya kenapa banyak fail..
aku ade 4 subject failed..sampai je bilik die..aku terus duduk di bahagian hadapan.
di hadapan aku ade la cikgu kishen,cikgu rosemand n die..
aku pun terus tunduk..

anyway..she was very funny dat time..banyak wat lawak..
mybe sebab dia nk kitaorg tenang..xtau la..
satu demi satu name die bace..sampai la aku..
dibacanye keputusan yang 4 2..die cakap..awk boleh berjaya..
cuma kena usaha skit..aku pun tunduk2 tanda setuju..
dalam hati..nasib baik la dia tak marah..n cikgu kishen tambah lagi..
aku tak datang exam die masa ujian pre trial sbb tgk bola..tp nasib baik
dia kate aku ok..lau tak..kena teruk la aku..

nasihat pnye nasihat..kitaorg pun bersurai..
insaflah skit ktaorang..aku pun dh rase bersemangat nk belajar..
aku harap ape yang die cakap tu tak hilang dalam ingatan aku nie..
insyallah..aku cuba menjadi pelajar harapan walaupun 4 tu menghalang..
huhu..subject failed..

Thursday, June 10, 2010

Public Transport

Semalam adalah satu mimpi ngeri. Disebabkan satu je kerosakan berlaku kat KTM komuter. Perjalanan aku lumpuh serta merta. Huh. Nasib baik aku pandai selok belok jalan kt KL nie.

Cerita dia bermula dengan stesen komuter dekat Mid Valley ditutup untuk orang ramai. Aku baru balik dari mid kul 5 .Turun je je escalator aku tengok ramai orang terkandas kat depan pintu masuk sebab pekerja ktm 2 tutup pintu gril. Semua bertanya kat dia,kesian macam robot jawab jawapan yang sama. Dia kata ade berlaku kerosakan kt ktm so akan berlaku kelewatan selama 1 jam!! Bayangkan keadaan kt platform. Mesti penuh!! Selepas tunggu punye lama, aku pun decide nak amik jalan lain. Aku pikir - pikir ade bas free untuk ke stesen putra kt bangsar, so aku boleh naik tren dan turun kat masjid jamek then naik lrt then turun kt salak selatan, naik bas U48 lastly smpai rumah..hehe..panjang pikir.

Waktu naik bas free tu punya la sesak,ada lah mat salleh sebelah aku tu naik bas yang sama. Selepas turun kt bangsar, aku naik la putra untuk ke Masjid Jamek. Seharusnya sistem pengangkutan awam yang diterajui RapidKL dipuji. Masa yang menunggu yang kurang dan tren tiba tepat pada masa. KTM harus belajar dari mereka. Tapi ditakdirkan aku sampai around nak pukul 5.30 n masa tu ramai orang pulang dari kerja so tren agak sesak la..huhu..berhimpit..
Sampai dekat masjid jamek, aku pun naik tren ke stesen salak selatan. Perjalan semua berjalan lancar sampai lah aku tunggu bas. Huh, nk dekat sejam tunggu. Punya lah lambat n bila sampai pulak bas penuh. Terseksa masa itu. Bas rapidkl mungkin perlu perbanyakkan bas ketika waktu puncak sebab kuantiti bas yang ada sekarang pun tak mencukupi.

Aku sampai rumah pukul 7.30 macam tu. Elok2 nak balik awal tapi terbalik jadinya gara - gara kerosakan ktm. Perkhidmatan ktm selalu berlaku kelewatan dan peristiwa hari rabu tu memang antara yang terburuk pernah aku alami. Mungkin ada sesuatu yang pihak ktm dapat lakukan sesuatu untuk menaikkan lagi mutu perkhidmatan kerana ktm antara satu pengangkutan awam yang utama di lembah kelang.


owh komuter~

Wednesday, June 9, 2010

Shrek : Forever After



Hari ni aku berkesempatan tengok cerita Shrek dekat GSC Mid Valley. Aku dapat hall 7 and hall tu agak kecil tapi normal lah sebab cerita ni pun dah lama tayang kt pawagam.

Anyway,apa yang boleh aku rumuskan ialah skrip yang telah digarap amat bagus. Mengambil plot ketika Princess fiona belum diselamat sebagai permulaan cerita amat genius. Segalanya disusun dengan cantik. Shrek yang mengalami krisis menghadapi rutin hidup yang sama akhirnya mengeluarkan rasa tidak puas hatinya sehingga melukakan hati isterinya sendiri.

Villain bagi cerita ini, rumpelstiltskin diolah dengan baik. Saiz badannya yang kecil tidak sekali menunjukkan saiz otaknya yang sebenar,dia seorang yang licik. Mood sedih dapat ditunjukkan dengan baik. Penyesalan yang ditunjukkan oleh shrek akibat kebodohannya membuat perjanjian dengan rumpelstiltskin dapat dirasai penonton. Di penghujung, shrek akhirnya dapat membatalkan perjanjian tersebut dengan ciuman sejati yang diberikan oleh fiona dan shrek hidup happily ever after..hehe..

Jalan cerita yang sangat unik,hebat dan tidak jemu untuk ditonton. Lawak yang ditonjolkan pula adalah sgt fresh dan tidak lapuk. Semestinya shrek forever after adalah satu penamat yang terbaik untuk tetratology film shrek. Satu siri filem yang amat menarik dan kelakar!!


UNTUK FILEM INI:

★★★★☆

Marah Bukan Penyelesaian

Marah?
Apa Guna?
Bercakap menggunakan nada tinggi dan kadang2 pasti akan diikuti dengan tindakan yang agresif. Marah bukanlah satu cara untuk menyelesaikan masalah tetapi memburukkan lagi keadaan.

Permasalahan boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Kita boleh mengekspresikan apa yang kita mahu lakukan dengan pelbagai pendekatan. Marah atau menyeselesaikan secara baik menggunakan pertuturan yang sopan tanpa diikuti dengan tindakan yang agresif. Aku prefer yang atas ni.

Dari segala peramatan, marah hanya mendatangkan kesan yang buruk. Setiap individu yang menyelesaikan masalah dengan marah pasti akan bergaduh besar akhirnya. Apabila kemarahan memuncak, minda seperti akan merelakan segala perbuatan yang difikirkan.
Keinginan untuk menumbuk muka orang yang bertelagah pasti akan menjadi realiti.
Keputusannya, pergaduhan ala - ala budak kecik.

Apa yang perlu kita lakukan is bersabar dan menggunakan pendekatan yg lebih baik utk menyelesaikan masalah. Nescaya, masalah yang kita hadapi itu akan mudah untuk diselesaikan

Tapi,merasai marah itu adalah normal. Terpulang pada kita menanganinya.

Tuesday, June 8, 2010

Rancangan Maha Jahat Zionis

Firstly takziah kepada keluarga aktivis dan sukarelawan yang telah terkorban.

Zionis. Tiada satu perkataan yang dapat menggambarkan kejahatan mereka.
Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Membunuh bagaikan satu kemestian.
Jahanamlah kepada perdana menteri dan askar - askar yang telah melakukan
dosa besar pada hari ini.

Pagi lagi aku dah dikejutkan dengan berita tu. Dalam kesibukan nak pergi ke sekolah,
aku terpaku di depan TV. Mendengar berita yang disampaikan. Kapal yang dinaiki oleh
sukarelawan malaysia diserang dan ditahan zionis dan kedengaran angka kematian
diberitahu. 19 orang telahpun terkorban. Rejim zionis. Adakah perbuatan mahu menolong
orang menjadi satu kesalahan jenayah di negara Israel laknatullah? Hati yang murni mahu
menolong mangsa peperangan dibalas dengan bedilan peluru yang menembusi kulit - kulit
insan yang tak berdosa? Dunia melabel Osama pengganas. kenapa tidak Israel?

Kapal rachel corrie turut ditahan tetapi alhamdulillah semuanya berjalan tanpa sebarang
tanpa pertumpahan darah. Semua sukarelawan malaysia telah pulang ke tanah air dengan
selamat tetapi tidak bagi sukarelawan turki kerana mereka terpaksa dibawa pulang bersama
keranda.

Kerajaan malaysia harus membawa isu ini ke platform antarabangsa. Sudah tiba masa kita
tidak berdiam diri lagi dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim ini. Ayuh rakyat malaysia,
bersatu hati untuk mengutarakan kebencian kita terhadap negara israel. Bersatulah rakyat palestine dan teguhkan lah iman mu kerana Allah sentiasa bersama kamu semua.

Jahanamlah kamu zionis!!
Salahudin ayyubi pernah berkata - sesiapa yang menguasai baitulmaqdis pasti akan akan menguasai dunia.

Saturday, April 3, 2010

Lari Rumah = Keje Bodoh

Gejala lari rumah..
Satu perbuatan yang menunjukkan kejahilan dalam pemikiran seseorang.
Satu tindakan sia - sia yang akan membawa keburukan kepada diri sendiri dan
orang lain. Pernah tak korang terfikir apa yang akan berlaku kepada diri korang di luar?
Senang cerita. Orang yang lari rumah boleh dikategorikan sebagai orang cacat akal.

Akibat orang lain dari rumah


  1. Dirogol
  2. Dilarikan
  3. Disamun/Dirompak
  4. Dibunuh

Jadi,lari dari rumah merupakan satu langkah yang kurang bijak. Justeru, kepada mereka yang ingin mengambil cara penyelesaian itu. Silalah bertaubat sebab apa yang bakal anda lakukan akan membawa kepada masalah - masalah berikut :-

  1. Kerisauan yang amat melampau kepada ibubapa
  2. Ibubapa tidak dapat bekerja kerana risau akan keselamatan anda
  3. Ibubapa anda berasa sedih memikirkan kekurangan dalam didikan mereka kepada anda
  4. Seluruh keluarga anda tidak dapat tidur lena
  5. Kemurungan ibubapa anda

Ingat - ingat lah kepada mereka. Ibubapa anda yang membesarkan anda. Memberi anda makan dan minum. Tidak pernah kurang dan tidak cukup. Kasih sayang yang melimpah ruah. Rumah yang selesa. Janganlah terlalu mengambil hati jika mereka menegur anda sehingga anda mahu membawa diri. Pentingkan mereka dari boyfriend anda yang pantang sesaat bersama, tangan sudah mula liar. Mereka yang memberikan anda makan bukan lelaki yang duit belanja pun makbapak depa yang kasi. Beringatlah, jangan terlalu ikutkan perasaan dan mengikut kawan - kawan. Biar mereka mati sendirian, kita orang yang berakal. Hentikan perbuatan bodoh ini dan hiduplah sebagai insan yang berilmu. JANGAN JAHIL SANGAT!!

p/s..terpakse guna format yang betol sebab nk mahirkan mengarang

Thursday, February 18, 2010

Besyukur Bukan Mengeluh


sometimes, kita mesti mempersoalkan nasib kita kepada yang Esa. Mempersoalkan ape yang
kurang dalam kehidupan kita. Membandingkan apa yang orang lain ada dengan apa yang
kita ada. Mengeluh. Aku pun pernah tergolong dalam golongan macam tu. Mempersoalkan
takdir. Tapi nasib baik aku tersedar cepat akan kesalahan aku nie. Tak baik. Berdosa.
Aku nk menceritakan sikit peristiwa yang aku alami membuatkan aku rase bertuah
hidup dengan apa yang aku ade sekarang. Walaupun banyak kekurangan tapi perot aku
nie tak pernah berlapar. Tv tak pernah tak pasang . PS tak pernah tak diusik.
Satu hari kt Mcd Sg Wang. Aku pas amik order n nk bawak aku punye double cheese burger
ke meja, tempat member aku tunggu. So aku nak la gi amik sos cili n straw. Tibe2 aku kena
potong Q ngan seorang pakcik nie. Dia berbangsa cina. Berpakaian selekeh. N bawak mcm
beg. Aku pun tengok la pe yang dia nk wat. Sekali dia amik bekas plastik kaya tu then
g tekan tempat sos cili n sos tomato 2 banyak kali. So dh nmpak mcm yogurt perasa strawberry..then die pun blah.
Lepas aku duduk kt meja aku. Rupa nya dia duduk sebelah aku. Aku pun tengok la dia. Then dia
kuarkan la yogurt die 2 n makan la guna sudu yang dibawak sendiri Aku pun tengok dengan
muka yang amat berat hati nk memandang. Rase sedih lam hati. Melihat seseorang yang
terpaksa mkn sos cili tanpa apa2 pun side order. Ditelankannya tanpa rase kesal pun.
Sos cili sebagai alas perut. Sedangkan aku nie pun yang cukup makan merungut dengan apa
yang aku ada. Aku rasa malu. Semenjak hari tu. Aku berasa sangat bersyukur dilahirkan
dalam keluarga mcm nie. Dan aku takkan merungut dan mengeluh apa yang kekurangan.
Sebaiknya aku perlu berusaha untuk mencapai apa yang memperoleh apa yang tiada
dalam genggaman.
P/S: Pakcik!! Be Strong OK
 
www.dausphilosophy.blogspot.com