Wednesday, August 31, 2011

A Very Sleepy Raya

Mengantuk


║Qada tidur. Itu alasan paling sesuai kenapa aku bangun pukul 3 petang. Susah nak celikkan mata. Bukak mata then lelap balik. Pastu bangun baring balik. Semalam raya pun aku memang asyik terlentuk dalam kereta. Mungkin nak ganti balik masa tidur yang tak cukup, semalam adalah masa yang terbaik.

║Semalam ada orang datang rumah pun aku tak sedar. Terperap dalam bilik. Sampai nak petang pun tak perasan. Dah lah semalam aku kerja. Nasib tak lambat. Cuma tak dapat nak ambil overtime. Huhu. Bangun pun sakit² badan. Memang aku ada dengar kalau terlebih tidur sengal² badan dibuatnya, Masa nak tidur lepas balik kerja pulak susah. Segar pulak mata. Huhu.

Tuesday, August 30, 2011

Satu Syawal

Balik Kampung

║Takbir dilaungkan. Tanda kemenangan. Kemenangan diatas peperangan selama sebulan. Melawan nafsu dengan bersenjatakan iman dan kesabaran. Akhirnya tiba hari yang dinanti. Hari Raya Aidilfitri menjengah lagi. Hari ini aku mulakan dengan menunaikan solat sunat di masjid aku. Pada mulanya agak lengang, tapi lepas beberapa minit ruang saf² dipenuhi dengan orang ramai. Tapi kebanyakannya orang² berbangsa bangla. Huhu. Memang KL dipenuhi dengan bangsa asing je masa sekarang. Ramai yang balik kampung.

║Lepas selesai solat sunat, aku pun bergegas pulang ke rumah. Tak makan lagi ni. Lapar. Lepas semua dah sampai dekat rumah. Ekspedisi balik kampung pun bermula. First stop. Rumah Mak Long aku. Aku memang suka rumah dia sebab besar. Maklumlah banglo. Memang aku teringin sangat this kind of house.




My Pak Long with My Abah
tengah bincang pasal kencing manis. typical topic. :P



║Pukul 2 lebih, aku dengan family aku pun menuju ke rumah Pak Cik Said. Hah, kalau tak ada dia ini. Tak lahir aku kat dunia. Sebab dialah my parents boleh bertemu. He like a brother to my father. This is his house.

Cantikkan rumah. Memang style kampung betul.



║After that, I'm on way to visit my nenek. She stay at Sg Buloh. Tak jauh sangat from Rawang, rumah Mak Long aku. After 10 minutes, kitaorang pun sampai dekat Kampung Paya Jaras. Guess what, aku terserempak dengan M. Nasir. Aduh, aku dahlah die-hard-fan dia. Masa itu jugaklah lagu Salam Dunia aku nyanyi. Tak dapat tegur, terserempak pun jadi lah~


A pair of Nike Classic with Baju Melayu. What a style :D


My grandmother. She belum nyanyok lagi ok.


Tangkap gambar before balik

║On the way back aku memang mengantuk gila. Maybe sebab aku makan lemang banyak sangat. In the end, aku tidur je sepanjang perjalanan pulang. Tahu² dah sampai rumah.

Monday, August 29, 2011

29 Ramadhan 1432H

Penutup Tirai Ramadhan 1432H

║Alhamdulilah, akhirnya aku berjaya menyempurnakan ibadah puasa aku untuk tahun ini. Walaupun agak terkilan sebab aku tak berpeluang nak buat beberapa ibadah sunat disebabkan aku berkerja shift malam. Huhu. Tapi tahun ini, aku berpuasa dalam suasana yang berbeza dan baru.

║Berbuka di tempat kerja. Pertama kali aku merasai. Mula² agak hambar. Makan sorang², terus aku terkenang suasana di rumah. Selepas beberapa hari, segalanya berubah. Aku dan co-worker aku berbuka seperti dalam satu keluarga. Lagi satu, melihat orang Islam, Pure Melayu, Dah Besar Panjang, tak puasa depan aku. Sabar jelah, kalau tak puasa tak payahlah nak menunjuk. Macam diorang bangga pulak tak puasa.

║Dalam bulan ini jugak doa aku dimakbulkan. Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Alhamdulilah. Syukur.

║Aku juga berjaya meng-postkan paling banyak post dalam sebulan. Haha. :P

║Kenangan yang menarik dalam menjalani ibadah puasa tahun ini. Aku berdoa agar aku dapat terus merasai ramadhan yang akan datang. Amin.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Menyusun sepuluh jari andai ada tersilap bicara, terkasar bahasa, ataupun perbuatan yang menyinggung perasaan. Marilah kita menyambut hari kemenangan dengan hati yang tenang : )


Sunday, August 28, 2011

28 Ramadhan 1432H

Berbuka Puasa di Pizza Hut

║ Hari ini aku keluar pergi ke Jalan TAR sebab nak carik barang² Special One. Penat meneman orang perempuan pergi shopping kan. Tapi, jangkaan aku meleset. Ingat ramai orang ahad - ahad ini. Tapi sikit saja orang, macam weekdays. Mungkin yang tinggal ini saki baki orang KL yang tak balik KL or belum.

║So, aku plan nak berbuka puasa makan pizza. Destination Pizza Hut Pavi. Aku, Special One, Yen, Nurul Izwanie and kawan Special One. Tepat pukul 5.30 dah masuk restaurant itu. Takut orang ramai. Mula² aku dengan dia saja kat situ. Then sorang² pun sampai. Masa nak berbuka, akulah tukang baca doanya. First thing aku buat is teguk air 7UP tu, tak tahan dahaga dari Jalan TAR lagi. Habis segelas. Refill!

Yen with Nurul Izwannie

║Chocolate Volcano for the dessert. She order it, I pun join sekakilah. Hehe. After borak² sampai restaurant itu hampir kosong, kitaorang pun mengorak langkah pulang.

Saturday, August 27, 2011

27 Ramadhan 1432H

Berbuka Puasa dengan MR Khai

║Memandangkan hari ini aku dengan yen free. Aku plan nak berbuka dengan cikgu aku. Yela, dulu aku selalu tidur rumah dia belajar. Belajar ke? Huhu. So, tahun ini rindu nak berbuka dekat rumah dia lagi sebelum bulan puasa tahun ini melabuhkan tirainya.


║ Menu itu hari itu ialah Ayam Percik, Sate, Roti John and air carbonated kesukaan aku. Mountain Dew! Rasa seronok. Dah lama tak makan ramai² dekat meja dulu. Dapatlah mengubat kerinduan nak merasai suasana macam dulu. Malam itu pulak kitaorang mengemas rumah cikgu. Pasang langsir, cuci tingkap sambil dengar lagu raya. So klise! Hehe.

Friday, August 26, 2011

26 Ramadhan 1432H

Tinggal 4 Hari Lagi

║ Today kawan - kawan aku yang sedang belajar pulang untuk bercuti. Tapi budak² matrix dah balik seminggu awal. So, macam biasa. Kalau budak UiTM cuti, mesti aku akan berkepit dengan kembar aku. Yen. Hari tu both of us pergi solat jumaat together. Dekat sana jumpalah muka² yang familiar seperti mamat di atas. Solleh. Dia tengah sibuk cerita pasal matrix dia tu. Khusyuk kitaorang dengar.

║Lepas solat and borak², yen ajak aku pergi sekolah sebab nak ambil balik kerja kursus ukiran kayu dia tu from Cikgu Yusry. Tengah otw nak pergi ke bilik guru, Penyelia Petang tegur pasal tawaran U yang aku dapat tu. Hehe. Berlainan dengan sebelum ini. Aku mesti mengelak jumpa dengan aku. Unfortunately, ukiran kayu dia tak ada kat cikgu. Still ada kat bilik seni. So kena ambil nanti.


║Petang itu pulak aku kena kerja. So destinasi bazaar kali ini dekat Bazaar Ramadhan Stadium Cheras. Kalau nak ikutkan, bazaar inilah yang paling terpanjang aku pernah pergi. Masa jalan itu memang tak nampak penghujunglah. Satu jenis juadah 2,3 gerai jual. Memang paradise. Lepas beberapa minit jugaklah berjalan baru sampai ke penghujung.

Penghujung jual kepak ayam. Yum²

Kad Raya Department Aku. Style Kan : )

Duit seringgit untuk raya. Hehe. No Lah, Duit baki untuk concession.

║Esok aku dah start cuti, so berdiskusi malamlah aku dengan Yen and Khalil Afiq. Macam² lah kitaorang borak. Biasalah, dah berapa bulan tak jumpa. Borak punya borak, tak sedar dah pukul 4 pagi. Balik rumah, sahur terus tidur. Huhu

Thursday, August 25, 2011

25 Ramadhan 1432

Excuse me, I Fell of My Handphone In The Hall

║Often this such of thing happen. People drop their handphone and return back to the cinema. Luckily most of the customer got back their phone. But if they did not found it. They will blame it to us and accused us took their handphone.

║Masa itu pukul 12 midnite. Ada seorang negro datang masuk cinema. Muka pucat gila. Macam nak pukul orang. Datang terus rush dekat aku. Aku pun terkejutlah jugak. Nak gaduh ke?
Badan dia dah lah besar. Memang tak lepas aku lawan. Tiba2 dia cakap. Aaa, i fell of my handphone in the hall. Can i go check? Muka dah berpeluh². OK sir, sure sure sure.

║Masuk hall aku terus pergi seat yang berlabel macam dekat tiket dia tu. Tapi aku pusing belakang dia tak ada. Rupanya dia kat atas punya row. Tak duduk ikot tiket dia ni. Then, jumpa. Muka sangat² lega. I'm so grateful. Thank you. Thank you. Nasib baik jumpa. Kat tempat aku memang selalu jumpa balik diorang punya belongings. Jarang ada kes hilang terus. Ada pun kalau customer tu tinggal, then ada show main lepas itu. Ada kemungkinan jugak customer lain yang ambil.

Wednesday, August 24, 2011

24 Ramadhan 1432H

Antara Shopping dan Carpet Cleaning

║Semalam aku berangkat pergi KL. Malas nak tunggu ahad ini. Mesti sesak. So aku pun berangkat pergi ke sana. Masih sesak tapi tak adalah terlalu ramai. Cari punya cari akhir jumpa jugak yang berkenan. Berapa kali aku masuk fitting room tu. huhu. After that, aku beli barang sikit, beli kad raya and naik tren untuk pergi kerja.

║ Malam tu pulak ada carpet cleaning kat MBO. Every 3 month kena ada carpet cleaning sebab dah berdebu.




 
www.dausphilosophy.blogspot.com