Saturday, April 3, 2010

Lari Rumah = Keje Bodoh

Gejala lari rumah..
Satu perbuatan yang menunjukkan kejahilan dalam pemikiran seseorang.
Satu tindakan sia - sia yang akan membawa keburukan kepada diri sendiri dan
orang lain. Pernah tak korang terfikir apa yang akan berlaku kepada diri korang di luar?
Senang cerita. Orang yang lari rumah boleh dikategorikan sebagai orang cacat akal.

Akibat orang lain dari rumah


  1. Dirogol
  2. Dilarikan
  3. Disamun/Dirompak
  4. Dibunuh

Jadi,lari dari rumah merupakan satu langkah yang kurang bijak. Justeru, kepada mereka yang ingin mengambil cara penyelesaian itu. Silalah bertaubat sebab apa yang bakal anda lakukan akan membawa kepada masalah - masalah berikut :-

  1. Kerisauan yang amat melampau kepada ibubapa
  2. Ibubapa tidak dapat bekerja kerana risau akan keselamatan anda
  3. Ibubapa anda berasa sedih memikirkan kekurangan dalam didikan mereka kepada anda
  4. Seluruh keluarga anda tidak dapat tidur lena
  5. Kemurungan ibubapa anda

Ingat - ingat lah kepada mereka. Ibubapa anda yang membesarkan anda. Memberi anda makan dan minum. Tidak pernah kurang dan tidak cukup. Kasih sayang yang melimpah ruah. Rumah yang selesa. Janganlah terlalu mengambil hati jika mereka menegur anda sehingga anda mahu membawa diri. Pentingkan mereka dari boyfriend anda yang pantang sesaat bersama, tangan sudah mula liar. Mereka yang memberikan anda makan bukan lelaki yang duit belanja pun makbapak depa yang kasi. Beringatlah, jangan terlalu ikutkan perasaan dan mengikut kawan - kawan. Biar mereka mati sendirian, kita orang yang berakal. Hentikan perbuatan bodoh ini dan hiduplah sebagai insan yang berilmu. JANGAN JAHIL SANGAT!!

p/s..terpakse guna format yang betol sebab nk mahirkan mengarang

 
www.dausphilosophy.blogspot.com