Thursday, September 9, 2010

30 Ramadhan 1431

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN..

alhamdulilah..tetap pada pukul 7.17 tadi..sempurnalah puasaku pada tahun ini.
kini..bulan ramadhan pergi meninggalkan kita..bulan yang penuh berkat ini pasti akan kita nantikan pada tahun akan datang dan aku berdoa aku dapat lagi merasai dan beribadat pada bulan ramadhan yang akan datang.

takbir raya telah pun berkumandang selepas solat maghrib tadi..jemaah - jemaah di surau masjid terus melontarkan suara memuji Allah yang maha esa..takbir akan berkumandang apabila umat islam memenangi peperangan dan kita pula bertakbir kerana kita telah berjaya dalam peperangan menentang hawa nafsu. hari raya aidilfitri pada tahun ini jatuh pada hari jumaat..penghulu segala hari..1 syawal pasti diraikan pada tanggal 10 September.

aku bersyukur pada illahi..sesungguhnya kebesaranmu tiada tandingnya..ampunkan hamba mu ini ya Allah..marilah kita bermaaf-maafan..ambil lah peluang ini untuk memulakan yang biru..esok hari..aku akan bersalam - salaman dengan keluargaku. tradisi ini tidak pernah ayahku lupakan. salam aidilfiti kepada semua. maaf zahir dan batin..

Monday, September 6, 2010

27 Ramadhan 1431

DEBARAN LEBARAN

Akhirnya aku mendapat ilham untuk menulis dalam blog aku. Setelah sekian lama kekeringan idea. Dalam kesibukan orang membeli belah tiba2 muncul keinginan untuk menulis sesuatu dalam bulan mulia ini. Hari raya semakin hampir dengan kita dan bulan ramadhan pula semakin hari semakin meninggalkan kita. Kita berseronok menghitung hari untuk menyambut ketibaan lebaran tapi dalam masanya sama sedih kerana bulan yang berkat ini pergi buat sekali lagi.

KL kini dibanjiri orang ramai. Tujuaanya untuk membeli belah untuk persiapan raya tahun ini. Meriah, itulah suasana yang dapat aku gambar dari pancaindera aku. Keriuhan orang ramai tidak menenggelamkan irama2 merdu lagu raya yang keluar dari pembesar suara. Bagaikan konsert jadinya. Mulut turut serta menyanyikan lagu raya.

Aku mengakui tidak sabar untuk menyambut hari raya seperti hari lain. Raya 'spirit' itu seperti masuk kedalam badanku secara senyap dan menjadi semakin kuat apabila hari raya menjelang. Tapi bagaimanapula dengan saudara seislam kita di pakistan yang dilanda musibah. Meraikan hari raya dalam keadaan tersebut pasti kurang meriahnya.
Namun itu semua dugaan daripadaNya dan aku berharap agar mereka sabar. Teringat lagu M.Nasir salam dunia. Aku tujukan khas buat mereka. Semoga segala keadaaan disana akan menjadi semakin baik. Amin.
 
www.dausphilosophy.blogspot.com