Wednesday, June 8, 2011

Kesan Perubahan

Terlalu banyak perubahan. Manager Baru. Kawan - kawan aku pun kini berada di Unversiti. Tiada lagi Diskusi Malam. Diorang sibuk dengan kelas masing - masing. Special One pun dah pergi Universiti. Huhu. Perubahan yang banyak memberi kesan kat aku. Kalau aku pun ada rezeki macam diorang. Mungkin aku tak terasa sangat. Sekarang aku rasa aku kerja - kerja - kerja. Diorang seronok dengan life baru as a mahasiswa.

Kerja

No more encik. Now puan for the new assistant manager. Dia sangat baik laa. Suka senyum and suara dia pun cute jugak. She did make several changes in the concession. But for other department minor changes je like making report and everything. It's easy to working with her.
Sangat baik with me and other staff.


Night Life

No more lepak malam. Sekarang aku kerja aku balik terus. Tak ada siapa lagi nak ajak borak and lepak. Balik pun jalan kaki je. Kalau dulu kawan - kawan selalu jugak hantar. Lagi - lagi si kembar. Memang terasa sangat la. Gelak - gelak diorang la yang buat peneman aku masa malam. Aku pun tak tahu nak buat lawak kat siapa.

Off Day

Hehe. Aku kalau off memang date with Special One laa. But now she not in Kl. Its hard. Yup. Its Hard to berjauhan. :(

My Self

Stress. Changes. The result. Semua buat aku tertekan. Kadang - kadang ada jugak putus harapan. Tapi aku kuatkan jugak tekad. Belum rezeki aku. Apa yang aku boleh describe my situation now. My life now terasa sunyi. Sunyi. Yup. Thats the word.

Friday, June 3, 2011

Movies Review : Nur Kasih, Karak and X-Men

Nur Kasih The Movie
GSC Berjaya Times Square

Satu perkataan yang aku keluarkan selepas tamat cerita ini. Mengecewakan. Bukan kerana jalan cerita yang tidak menarik tetapi terlalu banyak cerita yang ingin disampaikan dalam masa 1 jam 34 minit. Satu jangka masa yang pendek. Akibatnya, cerita menjadi kelam kabut dan penonton sendiri tidak dapat menghayati. Namun begitu, Nur Kasih yang bergenrekan cerita sedih berjaya memaparkan adegan - adegan yang berjaya membuat penonton sebak. Antaranya bagi aku, adegan ketika Adam meminta ibunya menghalalkan makan dan minum ketika dia sedang nazak akibat penyakit jantungnya amat - amat memilukan. Walaubagaimanapun, Adam tidak menemui ajalnya ketika itu. Kesimpulannya, Nur Kasih akan menjadi filem cinta islamik yang terbaik jika mereka mengfokuskan hanya pada satu cerita sahaja. Bagi pendapat aku.

☆☆

Karak
GSC Times Square

Well made trailer! Itu yang aku kata sewaktu tengok trailer dia. Sangat menakutkan. Filem ini aku rasa kekuatan dia pada hantu - hantu dia. Hantu yang nampak agak real if nak dibandingkan dengan filem lain. Cuma ade part - part yang tak seram jugak hantu dia. Jalan cerita kuranglah. Yes, its started in the highway karak then sesat dalam hutan. Maybe point dia nak cakap karak highway tu dibuat kat hutan kawasan orang asli duduk. That's why berhantu. Ending dia pun aku dah boleh agak. Mungkin agak klise skrip dia tapi masih boleh ditonton and jika ditanya. Aku akan cakap cerita hantu paling best kat malaysia ini ialah Karak.


X- Men : First Class
MBO Desa Petaling
(Complimentary Ticket)

Professor X and Magneto. Nama - nama yang selalu kita dengar di dalam siri X - Men. Namun, nama Charles Xavier dan Erik mungkin agak ganjil. X- Men : First Class berkisah tentang permulaan siri X - Men. Bagaimana persahabatan yang utuh diantara mereka runtuh. Efek - efek yang ditonjolkan dalam filem ini membuatkan kita ingin menjadi mutan seperti mereka. Cool! Mengangkat kapal selam dari dasar laut dengan menggunakan super power! Bagi faktor skrip. Agak menarik walaupun terdapat babak yang agak boring.


Thursday, June 2, 2011

I Love Watching 3 Movies on The Same Day

Wow. I set a new record in my life. Watch three movies in the same day in two different location. I didnt planned it. It just happened on the spot. First, I just plan to watch Nur Kasih : The Movie at 12.00pm with them. But end up we also watch Karak at the evening and watch X - Men : First Class at night but with different friends.

From left Nur Kasih 12.oopm
Karak 3.10pm
X-Men : First Class 10.30pm :)

Short description. Nur Kasih - Disappointed. Karak - Super gempak punya hantu. X-Men - Quite nice but not as good as Pirates 4. Before we went to watch Karak. We have our lunch in McD Sg Wang.

Mine is Quarter Pounder

Adib, Anoi, Ema and Me : )

We went back at 6.15 pm. While waiting our bus numbered U48, I received a message from Jue. She said Abg Khairi want to meet us tonite. He want to treat us dinner. So, I call my mum to tell that i gonna be late tonight. We meet up at KK Desa Petaling and staight going to McD somewhere nearby Tol Sungai Besi in Seremban Highway. Huhu. McDonald lagi.

It's locate right beside this gateway

Had my dinner with a smile. Thank you Abg Khairi

An innovative way to enjoy the fries

After that, we went to MBO Desa Petaling. My working place. We plan to catch up the 10.30 pm show and try to get the complimentary tickets and we got it. We watch the show for free. After that we went home at around 1.00 am. I'm spending my time today with a smile. : )

Wednesday, June 1, 2011

Never Saw It's Coming

Masa berjalan dengan cepat. Kita dah pun bernafas di pertengahan tahun 2011. Lima bulan dah berlalu tapi aku tetap rasa tak banyak benda yang aku dah kecapi. Mungkin sebab asyik buat benda sama. Kerja kerja dan terus kerja.

Tawaran Politeknik

Alhamdulilah. Dapat jugak aku tawaran melanjutkan pelajaran. Behrang, Perak destinasi aku seterusnya insya-Allah. Tapi, hati kecil aku ini masih mengharapkan yang disana. Mengharapkan agar doa aku dimakbulkan supaya dapat aku menyambung pelajaran di universiti.

Melihat gambar - gambar kawan - kawanku di UiTM menimbulkan pelbagai reaksi. Kadang - kadang aku rasa gembira sebab kawan - kawanku dapat menuntut di universiti yang mempunyai nama yang gah. Impian setiap orang untuk berjaya seperti ini. Aku juga menanamkan impian sedemikian. Namun nasib tak menyebelahi aku. Aku tidak berpeluang mendapat first intake. Harapanku masih tebal agar impianku menjadi kenyataan.

Manager Baru

En. Mior merangkap assistant manager MBO Desa Petaling telah pun ditukar ke MBO Kepong. Aku bersama staff lain dapatlah jugak membuat parti perpisahan buatnya. Dia telah diganti oleh assistant manager dari Kepong.

Satu Tamparan

Mungkin sebab pertama aku berhenti menulis blog kerana aku kecewa dengan apa yang berlaku. Result SPM and melihat kawan - kawanku pergi mendaftar diri di IPTA. Bukan aku cemburu akan rezeki dan kejayaan mereka cuma aku rasa aku boleh menjadi seperti mereka. Aku mengharapkan lebih dari keputusan SPM. Mengharapkan lebih banyak A. Malulah orang seperti aku yang suka memberikan nasihat dan tunjuk ajar akhirnya ditewaskan oleh mereka?
Orang yang aku tolong berjaya tetapi aku tidak. Ini yang membuatkan aku bercelaru.

Tapi setelah meng-rasional-kan diri. Aku sedar bahawa setiap orang mempunyai rezeki masing - masing. Mungkin kerana aku kurang beribadat. Mungkin aku terlalu over confident ketika menjawab peperiksaan. Peluang masih ada dan tak kan aku nak berputus asa sekarang. Masih awal untuk mengaku kalah. Namun, aku amat - amat bersyukur kerana masih jugak diberi peluang belajar. Ada juga temanku yang tidak mendapat apa - apa tawaran walaupun mendapat keputusan yang cemerlang.

Alhamdulilah kerana tawaran ini ya Allah. : )
 
www.dausphilosophy.blogspot.com