Wednesday, June 1, 2011

Never Saw It's Coming

Masa berjalan dengan cepat. Kita dah pun bernafas di pertengahan tahun 2011. Lima bulan dah berlalu tapi aku tetap rasa tak banyak benda yang aku dah kecapi. Mungkin sebab asyik buat benda sama. Kerja kerja dan terus kerja.

Tawaran Politeknik

Alhamdulilah. Dapat jugak aku tawaran melanjutkan pelajaran. Behrang, Perak destinasi aku seterusnya insya-Allah. Tapi, hati kecil aku ini masih mengharapkan yang disana. Mengharapkan agar doa aku dimakbulkan supaya dapat aku menyambung pelajaran di universiti.

Melihat gambar - gambar kawan - kawanku di UiTM menimbulkan pelbagai reaksi. Kadang - kadang aku rasa gembira sebab kawan - kawanku dapat menuntut di universiti yang mempunyai nama yang gah. Impian setiap orang untuk berjaya seperti ini. Aku juga menanamkan impian sedemikian. Namun nasib tak menyebelahi aku. Aku tidak berpeluang mendapat first intake. Harapanku masih tebal agar impianku menjadi kenyataan.

Manager Baru

En. Mior merangkap assistant manager MBO Desa Petaling telah pun ditukar ke MBO Kepong. Aku bersama staff lain dapatlah jugak membuat parti perpisahan buatnya. Dia telah diganti oleh assistant manager dari Kepong.

Satu Tamparan

Mungkin sebab pertama aku berhenti menulis blog kerana aku kecewa dengan apa yang berlaku. Result SPM and melihat kawan - kawanku pergi mendaftar diri di IPTA. Bukan aku cemburu akan rezeki dan kejayaan mereka cuma aku rasa aku boleh menjadi seperti mereka. Aku mengharapkan lebih dari keputusan SPM. Mengharapkan lebih banyak A. Malulah orang seperti aku yang suka memberikan nasihat dan tunjuk ajar akhirnya ditewaskan oleh mereka?
Orang yang aku tolong berjaya tetapi aku tidak. Ini yang membuatkan aku bercelaru.

Tapi setelah meng-rasional-kan diri. Aku sedar bahawa setiap orang mempunyai rezeki masing - masing. Mungkin kerana aku kurang beribadat. Mungkin aku terlalu over confident ketika menjawab peperiksaan. Peluang masih ada dan tak kan aku nak berputus asa sekarang. Masih awal untuk mengaku kalah. Namun, aku amat - amat bersyukur kerana masih jugak diberi peluang belajar. Ada juga temanku yang tidak mendapat apa - apa tawaran walaupun mendapat keputusan yang cemerlang.

Alhamdulilah kerana tawaran ini ya Allah. : )

0 comments:

Post a Comment

 
www.dausphilosophy.blogspot.com