Thursday, June 10, 2010

Public Transport

Semalam adalah satu mimpi ngeri. Disebabkan satu je kerosakan berlaku kat KTM komuter. Perjalanan aku lumpuh serta merta. Huh. Nasib baik aku pandai selok belok jalan kt KL nie.

Cerita dia bermula dengan stesen komuter dekat Mid Valley ditutup untuk orang ramai. Aku baru balik dari mid kul 5 .Turun je je escalator aku tengok ramai orang terkandas kat depan pintu masuk sebab pekerja ktm 2 tutup pintu gril. Semua bertanya kat dia,kesian macam robot jawab jawapan yang sama. Dia kata ade berlaku kerosakan kt ktm so akan berlaku kelewatan selama 1 jam!! Bayangkan keadaan kt platform. Mesti penuh!! Selepas tunggu punye lama, aku pun decide nak amik jalan lain. Aku pikir - pikir ade bas free untuk ke stesen putra kt bangsar, so aku boleh naik tren dan turun kat masjid jamek then naik lrt then turun kt salak selatan, naik bas U48 lastly smpai rumah..hehe..panjang pikir.

Waktu naik bas free tu punya la sesak,ada lah mat salleh sebelah aku tu naik bas yang sama. Selepas turun kt bangsar, aku naik la putra untuk ke Masjid Jamek. Seharusnya sistem pengangkutan awam yang diterajui RapidKL dipuji. Masa yang menunggu yang kurang dan tren tiba tepat pada masa. KTM harus belajar dari mereka. Tapi ditakdirkan aku sampai around nak pukul 5.30 n masa tu ramai orang pulang dari kerja so tren agak sesak la..huhu..berhimpit..
Sampai dekat masjid jamek, aku pun naik tren ke stesen salak selatan. Perjalan semua berjalan lancar sampai lah aku tunggu bas. Huh, nk dekat sejam tunggu. Punya lah lambat n bila sampai pulak bas penuh. Terseksa masa itu. Bas rapidkl mungkin perlu perbanyakkan bas ketika waktu puncak sebab kuantiti bas yang ada sekarang pun tak mencukupi.

Aku sampai rumah pukul 7.30 macam tu. Elok2 nak balik awal tapi terbalik jadinya gara - gara kerosakan ktm. Perkhidmatan ktm selalu berlaku kelewatan dan peristiwa hari rabu tu memang antara yang terburuk pernah aku alami. Mungkin ada sesuatu yang pihak ktm dapat lakukan sesuatu untuk menaikkan lagi mutu perkhidmatan kerana ktm antara satu pengangkutan awam yang utama di lembah kelang.


owh komuter~

Wednesday, June 9, 2010

Shrek : Forever After



Hari ni aku berkesempatan tengok cerita Shrek dekat GSC Mid Valley. Aku dapat hall 7 and hall tu agak kecil tapi normal lah sebab cerita ni pun dah lama tayang kt pawagam.

Anyway,apa yang boleh aku rumuskan ialah skrip yang telah digarap amat bagus. Mengambil plot ketika Princess fiona belum diselamat sebagai permulaan cerita amat genius. Segalanya disusun dengan cantik. Shrek yang mengalami krisis menghadapi rutin hidup yang sama akhirnya mengeluarkan rasa tidak puas hatinya sehingga melukakan hati isterinya sendiri.

Villain bagi cerita ini, rumpelstiltskin diolah dengan baik. Saiz badannya yang kecil tidak sekali menunjukkan saiz otaknya yang sebenar,dia seorang yang licik. Mood sedih dapat ditunjukkan dengan baik. Penyesalan yang ditunjukkan oleh shrek akibat kebodohannya membuat perjanjian dengan rumpelstiltskin dapat dirasai penonton. Di penghujung, shrek akhirnya dapat membatalkan perjanjian tersebut dengan ciuman sejati yang diberikan oleh fiona dan shrek hidup happily ever after..hehe..

Jalan cerita yang sangat unik,hebat dan tidak jemu untuk ditonton. Lawak yang ditonjolkan pula adalah sgt fresh dan tidak lapuk. Semestinya shrek forever after adalah satu penamat yang terbaik untuk tetratology film shrek. Satu siri filem yang amat menarik dan kelakar!!


UNTUK FILEM INI:

★★★★☆

Marah Bukan Penyelesaian

Marah?
Apa Guna?
Bercakap menggunakan nada tinggi dan kadang2 pasti akan diikuti dengan tindakan yang agresif. Marah bukanlah satu cara untuk menyelesaikan masalah tetapi memburukkan lagi keadaan.

Permasalahan boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Kita boleh mengekspresikan apa yang kita mahu lakukan dengan pelbagai pendekatan. Marah atau menyeselesaikan secara baik menggunakan pertuturan yang sopan tanpa diikuti dengan tindakan yang agresif. Aku prefer yang atas ni.

Dari segala peramatan, marah hanya mendatangkan kesan yang buruk. Setiap individu yang menyelesaikan masalah dengan marah pasti akan bergaduh besar akhirnya. Apabila kemarahan memuncak, minda seperti akan merelakan segala perbuatan yang difikirkan.
Keinginan untuk menumbuk muka orang yang bertelagah pasti akan menjadi realiti.
Keputusannya, pergaduhan ala - ala budak kecik.

Apa yang perlu kita lakukan is bersabar dan menggunakan pendekatan yg lebih baik utk menyelesaikan masalah. Nescaya, masalah yang kita hadapi itu akan mudah untuk diselesaikan

Tapi,merasai marah itu adalah normal. Terpulang pada kita menanganinya.

Tuesday, June 8, 2010

Rancangan Maha Jahat Zionis

Firstly takziah kepada keluarga aktivis dan sukarelawan yang telah terkorban.

Zionis. Tiada satu perkataan yang dapat menggambarkan kejahatan mereka.
Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Membunuh bagaikan satu kemestian.
Jahanamlah kepada perdana menteri dan askar - askar yang telah melakukan
dosa besar pada hari ini.

Pagi lagi aku dah dikejutkan dengan berita tu. Dalam kesibukan nak pergi ke sekolah,
aku terpaku di depan TV. Mendengar berita yang disampaikan. Kapal yang dinaiki oleh
sukarelawan malaysia diserang dan ditahan zionis dan kedengaran angka kematian
diberitahu. 19 orang telahpun terkorban. Rejim zionis. Adakah perbuatan mahu menolong
orang menjadi satu kesalahan jenayah di negara Israel laknatullah? Hati yang murni mahu
menolong mangsa peperangan dibalas dengan bedilan peluru yang menembusi kulit - kulit
insan yang tak berdosa? Dunia melabel Osama pengganas. kenapa tidak Israel?

Kapal rachel corrie turut ditahan tetapi alhamdulillah semuanya berjalan tanpa sebarang
tanpa pertumpahan darah. Semua sukarelawan malaysia telah pulang ke tanah air dengan
selamat tetapi tidak bagi sukarelawan turki kerana mereka terpaksa dibawa pulang bersama
keranda.

Kerajaan malaysia harus membawa isu ini ke platform antarabangsa. Sudah tiba masa kita
tidak berdiam diri lagi dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim ini. Ayuh rakyat malaysia,
bersatu hati untuk mengutarakan kebencian kita terhadap negara israel. Bersatulah rakyat palestine dan teguhkan lah iman mu kerana Allah sentiasa bersama kamu semua.

Jahanamlah kamu zionis!!
Salahudin ayyubi pernah berkata - sesiapa yang menguasai baitulmaqdis pasti akan akan menguasai dunia.
 
www.dausphilosophy.blogspot.com