Friday, June 3, 2011

Movies Review : Nur Kasih, Karak and X-Men

Nur Kasih The Movie
GSC Berjaya Times Square

Satu perkataan yang aku keluarkan selepas tamat cerita ini. Mengecewakan. Bukan kerana jalan cerita yang tidak menarik tetapi terlalu banyak cerita yang ingin disampaikan dalam masa 1 jam 34 minit. Satu jangka masa yang pendek. Akibatnya, cerita menjadi kelam kabut dan penonton sendiri tidak dapat menghayati. Namun begitu, Nur Kasih yang bergenrekan cerita sedih berjaya memaparkan adegan - adegan yang berjaya membuat penonton sebak. Antaranya bagi aku, adegan ketika Adam meminta ibunya menghalalkan makan dan minum ketika dia sedang nazak akibat penyakit jantungnya amat - amat memilukan. Walaubagaimanapun, Adam tidak menemui ajalnya ketika itu. Kesimpulannya, Nur Kasih akan menjadi filem cinta islamik yang terbaik jika mereka mengfokuskan hanya pada satu cerita sahaja. Bagi pendapat aku.

☆☆

Karak
GSC Times Square

Well made trailer! Itu yang aku kata sewaktu tengok trailer dia. Sangat menakutkan. Filem ini aku rasa kekuatan dia pada hantu - hantu dia. Hantu yang nampak agak real if nak dibandingkan dengan filem lain. Cuma ade part - part yang tak seram jugak hantu dia. Jalan cerita kuranglah. Yes, its started in the highway karak then sesat dalam hutan. Maybe point dia nak cakap karak highway tu dibuat kat hutan kawasan orang asli duduk. That's why berhantu. Ending dia pun aku dah boleh agak. Mungkin agak klise skrip dia tapi masih boleh ditonton and jika ditanya. Aku akan cakap cerita hantu paling best kat malaysia ini ialah Karak.


X- Men : First Class
MBO Desa Petaling
(Complimentary Ticket)

Professor X and Magneto. Nama - nama yang selalu kita dengar di dalam siri X - Men. Namun, nama Charles Xavier dan Erik mungkin agak ganjil. X- Men : First Class berkisah tentang permulaan siri X - Men. Bagaimana persahabatan yang utuh diantara mereka runtuh. Efek - efek yang ditonjolkan dalam filem ini membuatkan kita ingin menjadi mutan seperti mereka. Cool! Mengangkat kapal selam dari dasar laut dengan menggunakan super power! Bagi faktor skrip. Agak menarik walaupun terdapat babak yang agak boring.


0 comments:

Post a Comment

 
www.dausphilosophy.blogspot.com