Thursday, September 9, 2010

30 Ramadhan 1431

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN..

alhamdulilah..tetap pada pukul 7.17 tadi..sempurnalah puasaku pada tahun ini.
kini..bulan ramadhan pergi meninggalkan kita..bulan yang penuh berkat ini pasti akan kita nantikan pada tahun akan datang dan aku berdoa aku dapat lagi merasai dan beribadat pada bulan ramadhan yang akan datang.

takbir raya telah pun berkumandang selepas solat maghrib tadi..jemaah - jemaah di surau masjid terus melontarkan suara memuji Allah yang maha esa..takbir akan berkumandang apabila umat islam memenangi peperangan dan kita pula bertakbir kerana kita telah berjaya dalam peperangan menentang hawa nafsu. hari raya aidilfitri pada tahun ini jatuh pada hari jumaat..penghulu segala hari..1 syawal pasti diraikan pada tanggal 10 September.

aku bersyukur pada illahi..sesungguhnya kebesaranmu tiada tandingnya..ampunkan hamba mu ini ya Allah..marilah kita bermaaf-maafan..ambil lah peluang ini untuk memulakan yang biru..esok hari..aku akan bersalam - salaman dengan keluargaku. tradisi ini tidak pernah ayahku lupakan. salam aidilfiti kepada semua. maaf zahir dan batin..

0 comments:

Post a Comment

 
www.dausphilosophy.blogspot.com