Saturday, February 4, 2012

Janji MELAYU?

►Kawan aku reply text aku pasal nak lepak malam tadi. He said " Aku lambat sikit, datang dalam pukul 11.30. Janji melayu" Janji melayu? Satu perkataan yang kita selalu guna untuk gambarkan janji yang tak ditepati. But kenapa frasa itu diakhir dengan Melayu? Bangsa Melayu teruk sangat ke? Sikap kaum melayu memang tak tepati janji?

MELAYU

Bangsa dominan di Malaysia. Bahkan negara ini pernah dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Kesultanan Melayu dahulu sangat dihormati. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa komunikasi diantara pedagang 'lingua franca'. Tapi apa yang tinggal sekarang. Janji MELAYU?

Lebih buat aku sedih. Frasa itu digunakan sendiri oleh orang yang berbangsa Melayu. Seperti mengutuk diri sendiri? Sepatutnya, kita harus memperkasakan kaum kita dengan frasa² yang membina. Bukan seperti ini yang terang² menjatuhkan. Menepati janji adalah sesuatu kemestiaan. Janji seharusnya dilaksanakan. Jika kerana inilah frasa itu diillhamkan. Kaum Melayu yakni kaum aku haruslah berubah. Menepati janji adalah sesuatu yang mulia.

►Semoga satu hari nanti. Jika kawan² aku datang lambat. Diorang tak guna lagi frasa janji Melayu. Perubahan. Sesuatu yang diperlukan untuk membentuk imej yang tak dapat lagi mereka yang melihat, menunduk. Bukan apa. Janji MELAYU memang tidak sedap didengar.


0 comments:

Post a Comment

 
www.dausphilosophy.blogspot.com