Monday, September 12, 2011

Cukai! Cukai! Cukai!

Cukai 6%. Salah Siapa?


║Alhamdulilah. Ramai pengguna telefon bimbit mendengar berita semalam. Tak perlulah membeli topup secara panik sebab pengenaan cukai ke atas pengguna ditangguhkan oleh pihak TELCO setelah bermesyuarat bersama menteri yang berkenaan. Apa yang membuatkan aku kecewa ialah ramai pengguna memberi komen yang negatif, menghamburkan kata² kesat sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa itu cukai perkhidmatan 6%. Lantas mereka terus menyalahkan kerajaan sedangkan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab?

Salah siapa?

║Cukai perkhidmatan ini telah lama ada semenjak 1998 dan pada ketika itu sehingga sekarang. Cukai itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak TELCO. Sekarang pihak TELCO ingin meletakkan cukai itu keatas pengguna dengan menggunakan alasan kadar cas yang dikenakan sekarang amat murah berbanding pada tahun 1998. Pihak TELCO berlindung dengan alasan itu untuk melaksanakan projek mereka memperoleh lebih banyak keuntungan walaupun mereka mampu meraih pendapat yang mempunyai 7 angka setahun. TAMAK!

║Aku berasa kecewa kerana rata² yang menghamburkan kata² jahanam tanpa usul periksa kebanyakkannya Melayu. Sebaiknya kita harus menyelidik terlebih dahulu sebelum berkata apa². Diatas sebab itu kita dikritik hebat oleh kaum lain. Filem terbaru Nasi Lemak 2.0 terang² mengkritik orang Melayu di mana pengarahnya adalah orang berbangsa cina. Aduhh bangsaku : (

0 comments:

Post a Comment

 
www.dausphilosophy.blogspot.com