Monday, August 29, 2011

29 Ramadhan 1432H

Penutup Tirai Ramadhan 1432H

║Alhamdulilah, akhirnya aku berjaya menyempurnakan ibadah puasa aku untuk tahun ini. Walaupun agak terkilan sebab aku tak berpeluang nak buat beberapa ibadah sunat disebabkan aku berkerja shift malam. Huhu. Tapi tahun ini, aku berpuasa dalam suasana yang berbeza dan baru.

║Berbuka di tempat kerja. Pertama kali aku merasai. Mula² agak hambar. Makan sorang², terus aku terkenang suasana di rumah. Selepas beberapa hari, segalanya berubah. Aku dan co-worker aku berbuka seperti dalam satu keluarga. Lagi satu, melihat orang Islam, Pure Melayu, Dah Besar Panjang, tak puasa depan aku. Sabar jelah, kalau tak puasa tak payahlah nak menunjuk. Macam diorang bangga pulak tak puasa.

║Dalam bulan ini jugak doa aku dimakbulkan. Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Alhamdulilah. Syukur.

║Aku juga berjaya meng-postkan paling banyak post dalam sebulan. Haha. :P

║Kenangan yang menarik dalam menjalani ibadah puasa tahun ini. Aku berdoa agar aku dapat terus merasai ramadhan yang akan datang. Amin.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Menyusun sepuluh jari andai ada tersilap bicara, terkasar bahasa, ataupun perbuatan yang menyinggung perasaan. Marilah kita menyambut hari kemenangan dengan hati yang tenang : )


0 comments:

Post a Comment

 
www.dausphilosophy.blogspot.com