Monday, August 8, 2011

8 Ramadhan 1432H

►Promotion Feels Good


║Bukan dalam perancangan aku tapi itulah dah rezeki. Aku dapat tawaran. Kenaikan pangkatlah kira. Membuatkan aku adalah memegang gelaran 'leader' dibelakang. Bukanlah aku nak membangga diri. Cuma aku ambil ini sebagai pengalaman dan penguat kepada resume aku kelak. Iyelah kelulusan sahaja tak cukup, perlukan pengalaman kata orang.

║Aku pun dah lama berkhidmat dekat tempat kerja aku tu. Kalau nak dikira berapa lama takde lah sampai bertahun² tapi bulan² jugak lah. Banyak juga benda yang aku dah belajar. Dari satu department ke satu department. Aku anggap itu kelebihan dan latihan supaya bila dalam alam pekerjaan nanti takde la gugup kalau berjumpa dengan customer ataupun menyelesaikan tugas yang diberi.

║Tawaran ini jugak boleh dianggap sebagai motivasi kepada aku supaya aku memantap prestasi aku. Sejak akhir - akhir ini pun aku dah hilang minat nak kerja. Ada niat nak berhenti. Tapi disebabkan ini aku tarik balik niat aku. Kalau nak ikutkan, dah lama aku tak pegang jawatan ketua. Last pun kat sekolah. Adalah ciri - ciri gila kuasa sikit. Huhu. Esok adalah permulaan yang baru bagi aku. Jawatan baru dimulakan dengan semangat yang utuh!

0 comments:

Post a Comment

 
www.dausphilosophy.blogspot.com